Sinopsis
Fikiran Basirah kian kusut.Dia berdepan dengan masalah ''busut'' dalam sistem komputer di Makmal Perdana,tempat dia sedang menjalani latihan praktikalnya.Dalam kekusutan fikirannya itu,Basirah terkenang akan kakaknya,Hanani.Basirah mengalami masalah egoisme sebagai seorang kanak-kanak genius.Basirah berasa tidak senang apabila Hanani mengeluh apabila melihat dirinya pergi bekerja pada hari minggu.Basirah menganggap Hanani tidak memahami dirinya.Basirah tidak pasti sama ada sikapnya itu memperlihatkan keangkuhannya.Namun pada waktu yang sama,dia teringin menjadi seperti Hanani yang banyak mempunyai kawan dan bergembira dengan pelbagai rutin harian.
Namu demikian,Basirah tidak boleh berbuat seperti Hanani kerana gadis genius mesti sentiasa kelihatan serius seperti orang dewasa.Tambahan pula dia sering menjadi perhatian.Bagaimanapun,kadangkala Basirah teringin juga mengisi masa terluang dengan mencari maklumat tentang cara-cara untuk menjalinkan persahabatan.Namun,usahanya itu tidak sampai ke mana kerana dia sentiasa sibuk belajar dan bekerja serta memerah otak.Basirah tiba-tiba terkenang akan hari pertama dia menjalani latihan praktikalnya semasa berusia 13 tahun.Namun sepantas itu juga perhatiannya kembali kepada masalah ''busut'' yang dilonggokkan oleh pengurusnya tadi.Memang terdapat paparan data yang mencurigakan dan terlalu rumit untuk ditafsirkan.Namun,Basirah optimis.Dia tidak mudah mengaku kalah.Dia berusaha untuk mengesan penceroboh sistem komputer itu.
Tiba-tiba Basirah teringat lagi akan ''busut'' yang lain itu.''Busut'' yang bermula daripada sebesar butir padi,kemudian melanda saluran-saluran darah di payudara ibunya.Akhirnya ibunya tewas dan kembali ke rahmatullah.Lamunan Basirah terhenti apabila beberapa orang remaja linkungan 12-15 tahun hadir di makmalnya.Salah seorang daripada remaja itu ialah kakaknya,Hanani yang datang untuk meraikan hari jadi Basirah yang ke-14.Mereka turut membawa sebiji kek.
Semua remaja yang hadir menghulurkan bantuan kepada Basirah.Ada antara mereka yang mempunyai saudara,kawan,atau peminat ''surat elektronik'' di luar negara.Basirah terharu.Alat osiloskop dipasang.Panggilan kepada ''kawan elektronik'' dibuat dan balasan e-mel dari luar negara di seluruh dunia diterima.Basirah turut kagum akan cadangan Hanani.Basirah sedar bahawa tidak semua orang pakar dalam semua subjek.Akhirnya,maklumat tentang penangkapan si penceroboh itu mulai tersebar dalam internet.
Tema
Sikap individualisme boleh menimbulkan permasalahan dalam kehidupan.Basirah menghadapi masalah dalam hidupnya kerana tidak banyak mempunyai kawan lantaran dia merupakan gadis genius.
Persoalan
a) Masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak genius.
Basirah merupakan seorang kanak-kanak genius.Hal ini menjadikan kematangan inteleknya mendahului
umur biologinya.Sebagai akibatnya,dia tidak selesa bergaul dengan kawan-kawan sebaya dengannya.
b) Sukar untuk bergaul dengan orang lain.
Basirah menghadapi masalah untuk bergaul dengan orang yang lebih berusia daripadanya kerana
pemikirannya masih lagi di tahap remaja.
c) Sikap gemar memandang rendah terhadap kebolehan orang lain.
Kedua-dua orang timbalan pengurus di makmal komputer itu memandang rendah akan kebolehan
Basirah walaupun Basirah merupakan gadis genius.
d) Sikap keakuan dalam menjalani kehidupan.
Kepintaran Basirah yang luar biasa disertai sikapnya yang ego telah menyebabkan dia hidup terasing
dan kesunyian kerana tidak mempunyai kawan.
e) Menghargai kebolehan orang lain.
Basirah akhirnya menghargai kebolehan kakaknya,Hanani semasa membantunya untuk menyelesaikan
masalah sistem komputer di makmal itu yang diceroboh.
Watak
a)Watak utama dalam cerpen ini ialah Basirah.
b)Watak sampingan terdiri daripada Hanani,timbalan pengurus dan pensyarah Basirah.
Perwatakan
Basirah
a)Basirah gadis genius yang berusia 14 tahun.
b)Basirah siswi tahun akhir dalam jurusan Sains Komputer di sebuah institusi pengajian tinggi di Semenanjung.
c)Basirah menjalani latihan amali di Makmal Perdana.
d)Basirah dilantik sebagai timbalan pengurus di makmal komputer itu.
e)Basirah optimis dan gigih semasa melaksanakan sesuatu kerja.
f)Basirah tidak banyak mempunyai rakan sebaya.
g)Basirah suka hidup menyendiri.
h)Basirah bijak menangani tekanan.
i)Basirah dapat menerima pandangan orang lain.
Hanani
a)Hanani kakak kepada Basirah.
b)Hanani berusia 16 tahun.
c)Hanani seorang kanak-kanak biasa daripada segi kecerdasan otak.
d)Hanani mengambil berat tentang adiknya,Basirah.
e)Hanani periang
f)Hanani banyak mempunyai rakan sebaya.
g)Hanani lincah dan kreatif.
Timbalan Pengurus(2 orang)
a)Berusia dalam lingkungan 40-an.
b)Mencemburui kehadiran gadis genius,Basirah di Makmal Perdana.
Plot
Permulaan

Basirah merenung berbelas-belas komputer di Makmal Perdana. Namun tiadapun daripadanya berjudul program ‘antibusut’. Dalam keadan fikirannya yang sedang kusut, Basirah terkenang akan kakaknya, Hanani semasa mereka masih kecil lagi, semasa Hanani di tadika sehinggalah Basirah melanjutkan pengajian dalam bidang Sains Komputer. Banyak perbezaan antara mereka berdua. Selain itu, Basirah juga teringat akan ayahnya yang sentiasa sibuk.
Perkembangan
Basirah menjalani praktikal dengan menduduki jawatan timbalan pengurus makmal sistem komputer Makmal Perdana. Seperti kebiasaan, Basirah tercabar dengan masalah ‘busut’ yang dilonggokkan oleh pengurus makmalnya. Basirah bersemuka dengan teman-temannya, para timbalan pengurus. Basirah membentangkan masalah busut. Namun, dia dikritik. Ada ketikanya Basirah berasa sebak tetapi dia tidak akan menganggap kritikan sebagai jemputan untuk betinju, sebaliknya sebagai satu alternatif. Oleh itu, dia telah membuka buku log untuk merekod penceroboh.
Klimaks
Basirah terkejut apabila penceroboh menyelongkar segala-galanya yang berkaitan dengan ketenteraan. Oleh itu, Basirah telah membawa masalah tersebut kepada teman sejawatnya. Basirah menganggap penceroboh tersalah sasaran. Sasaran penceroboh untuk menembusi saluran internet di Makmal Perdana Kebangsaan Labuan atau MPKL. Di sini berlaku perbezaan pendapat antara Basirah dengan rakannya. Akhirnya Basirah membuat ujikaji dengan menggunakan alat osiloskop bagi menentukan jarak antara makmal dengan penceroboh. Dengan bantuan pensyarahnya, kakaknya, iaitu Hanani dan rakan-rakan Hanani, mereka berjaya mengesan penceroboh tersebut.
Peleraian
Basirah telah menerima ucapan tahniah atas kejayaan menyekat penceroboh. Akhirnya, Basirah menyaksikan impian untuk masa depan yang tidak pernah diimpikan selama ini menjadi kenyataan yang indah.
Latar
Masa
Ø Siang – Basirah menjalani latihan amali di makmal sistem komputer di Makmal
Perdana
Ø Malam – Hanani berbual-bual dengan Basirah di rumah
Ø Hari minggu – Basirah terpaksa menyelesaikan kerjanya yang banyak di
makmal sistem komputer, Makmal Perdana
Tempat
Ø Makmal sistem komputer di Makmal Perdana – tempat Basirah menjalani latihan
amali tahun akhir jurusan Sains Komputer
Ø Pusat bandar Kota Kinabalu – tempat letaknya Makmal Perdana
Ø Sekolah kanak-kanak pintar – tempat Basirah belajar semasa zaman kanak-
kanak
Ø Institusi pengajian tinggi di Semenanjung – tempat Basirah belajar sebagai siswi
jurusan Sains Komputer
jurusan Sains Komputer
Masyarakat
Ø Masyarakat yang celik komputer – Basirah, pekerja di makmal sistem komputer, Makmal Perdana, dan rakan-rakan Hanani mahir menggunakan komputer
Ø Masyarakat terpelajar – Basirah merupakan sisiwi tahun akhir jurusan Sains Komputer di sebuah institusi pengajian tinggi
Ø Masyarakat remaja yang gemar akan aktiviti rekreasi – Hanani dan rakan-rakannya mengikuti aktiviti rekreasi seperti berdiskusi sastera di pantai, berkayak, dan mendaki gunung
Gaya Bahasa
1. Metafora
Contoh: Meniti buih di jeram , mata fikir
2. Diksi
Bahasa Inggeris - hyperintelligent , the exterminator
Bahasa IT - Sotware , user , hacker
Istilah Sains - Osiloskop
3. Hiperbola
Contoh: Menggunung secara halimunan juga
4. Sinkope
Contoh: Dah (Sudah), Kak (Kakak)
5. Simplok
Contoh: Dipuji macam bidadari
Contoh: Draikan macam puteri
6. Perlambangan
Contoh: Busut
Nilai
1. Nilai kasih sayang
Kakaknya menatang sebuah kek yang comel ke dalam makmal sempena hari jadi
Basirah yang ke-14.
2. Nilai berusaha
Basirah telah berusaha menyekat penceroboh komputer sehingga telah berjaya.
3. Nilai bertanggungjawab
Basirah bertanggungjawab terhadap tugas yang diberikan kepadanya.
Pengajaran
1. Kita hendaklah mempunyai perasaan kasih sayang antara adik beradik walaupun mempunyai tahap kepintaran yang tidak sama.
2. Kita hendaklah berusaha sedaya upaya apabila melakukan sesuatu pekerjaan.
3. Kita hendaklah bertanggungjawab atas apa yang diberikan kepada kita.
terima kasih untuk maklumat ni. sangat berguna untuk saya.. terima kasih =)
ReplyDeleteterima kasih sesagt ...
ReplyDeleteterima kasih saye mmg dh terdesak sngat dh nie nasib baik jumpe blog nie
ReplyDeletesama2 ^_^
ReplyDeleteTerima kasih atas maklumat ini . Alhamdulilah .
ReplyDeletesyukran.. info yang sangat berguna bagi murid tingkatan 2 macam saya..nasib jumpa blog nie..harap dapat buat exam dengan mudah..insyaAllah..doakan ye ~
ReplyDeletesyukur..bberapa hari saya mencari blog nie akhirnya jumpa juga..
ReplyDeletetrimas..dh darurat sgt dh ni..nsib baek jmpe blog ni...amat brguna...luck 4 pt3 to form3
ReplyDelete