12 Mar 2014

Karangan Perbahasan:‘Penggunaan Internet Lebih Banyak Memberi Kebaikan daripada Keburukan’.

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, yang saya hormati para panel hakim, para pencadang sekalian, dan para hadirin yang saya muliakan. Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Pada hari ini, kita akan memahami tajuk perbahasan kali ini iaitu ‘Penggunaan Internet Lebih Banyak Memberi Kebaikan daripada Keburukan’. Saya sebagai pembangkang amat tidak bersetuju dengan penyataan tajuk tersebut. Bagi saya ia lebih membawa keburukan daripada kebaikan.
Para hadirin sekalian,
Sebelum saya meneruskan hujah saya, izinkan saya menerangkan apakah yang kita faham dengan Internet. Internet boleh kita fahami sebagai satu sistem maklumat global melalui telekomunikasi yang semakin canggih kini. Segala bentuk maklumat dapat kita perolehi daripada penggunaan Internet ini. Tetapi ternyata ia membawa lebih keburukan daripada kebaikan.
Yang pertama sekali ialah ia menyemai sikap buruk individu. Maklumat tanpa sekatan di dalam Internet ini memberi peluang kepada pelajar Internet dan sesiapa sahaja untuk mengetahui apa yang berlaku dan terkandung di dalam Internet. Lebih malang lagi apabila bahan yang diperolehi mampu merosakkan akhlak. Contohnya, melalui Internet ini, orang ramai suka mengetahui sesuatu yang dilarang seperti melayari laman web tentang seks dan cara hidup orang asing yang tidak sesuai dengan budaya kita. Malah mereka cuba meniru aksi dan tingkah laku tidak baik sebegini. Hal ini memberi kesan yang tidak baik dan boleh merosakkan cara hidup kita yang bersopan-santun dan bertatasusila.
Hujah saya yang kedua ialah bagi kanak-kanak sekolah, Internet membolehkan mereka bermain permainan yang terkini. Selain membuang masa, mereka juga membazirkan wang. Mereka lupa pada pelajaran akibat terlalu leka dengan permainan yang menjadi minat mereka. Masa mereka banyak dihabiskan di depan komputer dan hal ini boleh menyebabkan hubungan mereka dengan ibu bapa dan keluarga menjadi renggang. Hal ini bukan sahaja berlaku pada kanak-kanak sekolah tetapi bagi pelajar-pelajar pusat pengajian tinggi. Keseronokan dan tumpuan pada aktiviti "Internet Relay Chatting (IRC)" yang berlebihan menyebabkan mereka leka pada Internet dan tidak memberikan tumpuan yang sebaiknya pada pelajaran. Ada antara mereka berbual kosong atau sekadar memulakan perkenalan yang akhirnya tidak mendatangkan faedah tetapi menyebabkan mereka menanggung bil penggunaan Internet yang tinggi.
Hujah saya yang ketiga, ialah hubungan sosial di dalam masyarakat yang semakin rapuh akibat terlalu memberi tumpuan kepada penggunaan Internet. Pada mereka yang dapat melayari Internet di rumah, mereka akan jarang keluar bergaul dengan orang lain dan masyarakat kerana terlalu asyik melayari Internet sehingga kegiatan masyarakat pun tidak diambil perhatian. Malah, di pusat-pusat Internet, kegiatan tidak baik boleh wujud akibat penggunaan Internet. Contohnya, kewujudan kegiatan perjudian melalui Internet. Hal ini tidak dinafikan apabila terdapat aktiviti penjudian yang meliputi banyak tempat dan kemungkinan juga berlaku pengaduhan apabila aktiviti berjudi dan bertaruh dijalankan.
Keadaan kesihatan juga kurang diambil perhatian. Selalunya pengguna Internet meluangkan masa yang lama untuk melayari Internet. Adakalanya sampai lewat malam dan tidak kurang pula hingga awal pagi. Hal ini menyebabkan mereka kurang tidur dan rehat. Akibatnya, kesihatan mereka tidak terjejas malah penggunaan Internet yang berterusan tanpa rehat juga boleh menyebabkan mata menjadi letih dan memberi kesan sampingan.
Antara keburukan lain akibat penggunaan Internet ialah kemungkinan berlaku penyebaran maklumat-maklumat palsu tentang sesebuah negara yang dilakukan oleh pihak tertentu dengan tujuan untuk menjatuhkan sesebuah kerajaan. Keselamatan sebuah negara boleh menjadi porak-peranda apabila ada antara masyarakat dunia yang mungkin mempercayai maklumat-maklumat palsu yang mereka perolehi melalui Internet dan yang paling ditakuti sekali ialah penyalahgunaan Internet untuk mengelirukan orang ramai di dalam bidang agama. Terdapat berbagai-bagai maklumat tentang agama yang dapat kita perolehi melalui Internet. Ada yang diiktiraf oleh kerajaan dan pihak berkuasa agama dan tidak kurang pula didatangi oleh individu atau kumpulan yang menyebarkan maklumat palsu tentang agama kepada orang lain.
Akhirnya sebelum saya mengundur diri, saya sekali lagi ingin menegaskan bahawa Internet lebih banyak membawa keburukan kepada orang ramai. Penggunaannya perlu dipantau sentiasa. Bak kata pepatah ‘Terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan buruk padahnya’.
Sekian sahaja, terima kasih.

Kata Hubung.

Kata Hubung
Perkataan yang bertugas untuk menghubungkan atau menyambungkan dua ayat tunggal
atau lebih daripada dua ayat tunggal. Ayat yang terhasil daripada penyambungan dua
ayat atau lebih daripada dua ayat dinamakan ayat majmuk.
Kata Hubung Gabungan
Kata hubung gabungan menyambungkan dua ayat yang sama penting kedudukan. Menurut
Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 239), kata hubung
f sifatnya. Ayat yang terbentuk yang menggunakan kata hubung gabungan ini di
gabungan ialah jenis kata yang menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama
tar
asebut
ayat majmuk gabungan.
Contoh:
lalu mengambil bajunya.
1. Dia membuka almari
. Roziah mendengar radio sambil menggosok baju.
2
Kata Hubung Pancangan
Kata hubung pancangan menyambungkan satu ayat induk dengan satu atau lebih ayat
kecil.
Ayat utama Ayat Kecil
1. [ Asmah senyum ] kerana [ dia sangat gembira ]
2. Kami akan berhenti menjalani latihan bola sepak jika hujan bertambah lebat.
3. Dia tidak putus asa walaupun dia tidak berjaya dalam temuduga tersebut.
Menurut Tatabahasa Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al : 2004 :240), kata hubung
pancangan ialah jenis kata hubung yang menyambung klausa-klausa tak setara atau
ahagi kepada tiga jenis, iaitu:
klausa pancangan pada klausa utama atau klausa induk. Kata hubung pancangan ter
b1. Kata hubung pancangan relatif
2. Kata hubung pancangan komplemen
3. Kata hubung pancangan keterangan
Kata hubung pancangan relatif.
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 240), kata
hubung pancangan relatif atau ringkasnya kata relatif ialah kata yang berfungsi
menghubungkan klausa utama dengan satu klausa kecil yang lain. Bentuk kata
hubung pancangan relatif ialah "yang".
Kata hubung pancangan komplemen.
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 241), kata
hubung, pancangan komplemen berfungsi menghubungkan satu klausa yang menjadi
komplemen atau pelengkap pada satu klausa utama. Dua contoh kata komplemen
yang sering digunakan ialah "bahawa" dan "untuk".
Kata hubung pancangan keterangan
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 241), kata
hubung pancangan keterangan berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi
keterangan pada satu klausa utama.
Contoh kata keterangan adalah seperti;
"kerana, hingga, kalau, agar, jika, sungguhpun, supaya, apabila"

Kata Pemeri-Nota dua.

Kata Pemeri
Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et.al: 2004:250), kata
pemeri ialah unsur yang menjadi pemeri hal / perangkal dengan frasa-frasa utama dalam
predikat. Penggunaan kata pemeri ialah di hadapan frasa nama dan kata pemeri
di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Kata pemeri menceritakan
subjek atau kata yang menghubungkan subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat.
Kata pemeri "ialah" menghubungkan subjek dengan frasa nama. Contohnya,
1. Binatang yang paling Abu suka ialah kucing
2. Bangunan yang tinggi itu ialah Menara Telekom.
Kata pemeri "adalah" menghubungkan subjek dengan frasa adjektif atau frasa sendi nama
contohnya,
Kata pemeri "adalah" menghubungkan subjek dengan frasa adjektif atau frasa sendi nama
contohnya,

1. Bunga anggerik ini adalah daripada murid-murid Tingkatan  Dua A1  .
2. Baju ini adalah nipisl tetapi mahal.
3. Bungkusan ini adalah untuk anak-anak di rumah yatim.

Kata Pemeri-Nota satu

PERBEZAAN IALAH DAN ADALAH

Kata Pemeri ialah hendaklah digunakan di hadapan kata nama. Contoh ayat yang menggunakan kata pemeri ialah .
1. Pengetua sekolah saya ialah Paun Rahimah Bt Abdullah

Kata pameri adalah digunakan di hadapan kata djektif atau kata sendi nama seperti berikut:
2. Tarikh kejohanan itu adalah pada 15 Mei 2010-05-18
3. Adalah sukar untuk beliau membuat keputusan itu.


Namun demikian kata pameri adalah tidak boleh diikuti oleh kata kerja seperti dalam ayat di bawah ini:
4. Keputusan penyertaan adalah  bergantung pada pihak pengurusan syarikat tersebut. (salah)


Kata pemeri ialah pula boleh diikuti kata kerja atau frasa kerja yang berfungsi sebagai kata nama atau frasa nama. 
Contohnya: 
5. Tanggungjawab ibu bapa ialah mendidik dan memberikan nafkah kepada anak-anak.

Frasa



FRASA ialah unit yang terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya satu perkataan ataudua yang berpontensi diperluas menjadi dua perkataan atau lebih.terdapat empat jenis frasa iaitu Frasa Nama(FN),Frasa Kerja(FK),Frasa Adjektif(FA) dan Frasa Sendi Nama(FS)
a) Frasa nama + frasa nama
Ayat inti ini subjeknya ialah kata nama dan predikatnya juga frasa nama.
Contoh ayat
FN (subjek)FN (predikat)
Kakak Jun Kitdoktor
Ramaiamypelajar
Pemuda itumahasiswa
b) Frasa nama + frasa kerja
Ayat inti ini subjeknya ialah kata nama dan predikatnya juga frasa kerja.
contoh ayat
FN (subjek)FK (kerja)
Abang Alimembasuh kereta
Nyonya Tanmembeli daging ayam
Murid-murid ituberlari
c) Frasa nama + frasa adjektif
Ayat inti ini subjeknya ialah kata nama dan predikatnya juga frasa adjektif.
contoh ayat
FN (subjek)FK (adjektif)
Bunga iniwangi
Kapak initajam
Bangunan itutinggi
d) Frasa nama + frasa sendi
Ayat inti ini subjeknya ialah kata nama dan predikatnya juga frasa sendi.
contoh ayat
FN (subjek)FK (sendi)
Ayahdi kebun
Merekadari Perak
Cenderamatauntuk guru besar
Kata sendi mesti diikuti oleh kata nama untuk membentuk frasa sendi.
contoh ayat
Kata sendidi, dari, untuk
Kata namakebun, Terengganu, guru besar

11 Mar 2014

Perkataan Hampir Sama Makna

Kata Yang Hampir Sama Maknanya.
KataMaknanya
1. besar
2. lebar
3. longgar
4. luas
1. tidak kecil ukurannya
2. ukuran lintang sesuatu bidang
3. tidak sempit (pakaian)
4. tidak sempit, lapang (halaman)
1. basi
2. busuk
3. hangit
4. tengik
1. makanan yang tidak sedap baunya kerana sudah cemar
2. buruk atau rosak (buah)
3. nasi yang hampir hangus dan berbau
4. berbau atau terasa tidak sedap (minyak kelapa yang sudah lama)
1. beku
2. kaku
3. kejur
4. tegang
1. keras kerana sejuk (cecair)
2. kejang
3. keras dan kaku (tubuh), tegak dan keras (rambut)
4. keras dan liat (urat, otot)
1. belah
2. hancur
3. patah
4. retak
1. pecah menjadi dua bahagian
2. pecah menjadi kecil-kecil kerana dikunyah, ditumbuk, remuk, lumat
3. hampir putus
4. menunjukkan akan pecah
1. bengkok
2. bongkok
3. condong
4. serong
1. tidak lurus
2. melengkung, tidak lurus
3. senget
4. tidak lurus, tidak tepat (letak, potongan sesuatu)
1. empuk
2. lemau
3. lembik
4. lembut
1. lembut dan mudah dikunyah
2. tidak garing kerana sudah kena angin (biskut, kuih)
3. tidak keras, lembut
4. tidak keras, lembuik, mudah dilenturkan
1. gembur
2. rangup
3. rapuh
4. retas
1. tidak keras padat (tanah)
2. mudah pecah, rapuh (biskut, keropok)
3. mudah patah atau mudah pecah
4. terbuka jahitan kerana putus benangnya (pakaian)
1. muncul
2. tampil
3. terbit
4. timbul
1. keluar dengan tiba-tiba
2. datang ke depan
3. keluar dari tempat yang terlindung
4. naik ke atas dari dalam air
1. berbuai
2. bergegar
3. bergoyang
4. berkocak
1. bergerak barbalik-balik, berayun-ayun
2. bergerak ke atas ke bawah dengan cepat dan kuat, bergoncang
3. bergerak terayun-ayun
4. bergoncang (air dalam bekas)
1. berkeliaran
2. berhamburan
3. berserakan
4. bertempiaran
1. bergerak dengan tidak bertujuan atau menuju ke serata tempat
2. keluar bertabur-tabur ke sana ke sini
3. tidak tersusun atau tidak kemas
4. berlari ke sana ke sini dengan tidak tentu haluan
1. nencolok
2. mencucuk
3. menjolok
4. merodok
1. menusuk atau menimbulkan rasa meluat kerana sesuatu (kelakuan, pakaian)
2. menikam atau menusuk dengan benda tajam
3. merodok sesuatu dengan galah supaya gugur
4. menusuk, menikam senjata tajam
1. mengambil

2. menyambar
3. merampas
4. merenggut
1. mengangkat, memungut sesuatu yang ada di bawah, memegang sesuatu lalu 
    membawa
2. melakukan sesuatu seperti menyamun dengan kasar dan cepat
3. mengambil sesuatu kepunyaan orang lain dengan paksa, merebut
4. menarik dengan cepat
1. mencuit
2. meraba
3. menyentuh
4. menyinggung
1. menyentuh dengan hujung jari
2. hendak mencari sesuatu
3. melanggar sedikit
4. menyentuh dengan siku
1. menanak
2. menjerang
3. mengukus
4. merebus
1. memasak sesuatu dalam periuk (nasi)
2. meletakkan cerek di atas api, memasak
3. memanaskan sesuatu dengan wap air
4. memasak sesuatu dalam air mendidih
1. menatang
2. mengelek
3. menjinjing
4. menjunjung
1. membawa sesuatu di atas tapak tangan
2. mengepit sesuatu di rusuk atau di ketiak
3. membawa sesuatu dengan tangan yang tehulur ke bawah
4. membawa sesuatu di atas kepala
1. memangkas

2. mencencang
3. mengerat
4. menghiris
1. memotong hujung tumbuh-tumbuhan supaya pendek, memotong dengan gunting
    (rambut)
2. memotong sesuatu sehingga halus-halus
3. memotong, memenggal, memancung
4. memotong, mengerat tipis-tipis
1. memagut
2.menggerit
3. menggigit
4. mengunyah
1. menggigit
2. menggigit sedikit-sedikit dengan gigi depan
3. memotong dengan gigi
4. melumatkan makanan dalam mulut dengan gigi sebelum menelan
1. mengelap
2. menggosok
3. menggilap
4. menyapu
1. mengeringkan
2. menggeserkan sesuatu pada benda lain supaya berkilat, bersih
3. menggosok supaya berkilat
4. membersihkan sesuatu dengan menggunakan penyapu
1. mencium
2. menghirup
3. menghisap

4. mengucup
1. menyedut udara dengan hidung untuk mengetahui baunya, menghidu
2. menghisap dan menelan benda cair
3. menarik minuman, asap rokok dan lain-lain ke dalam mulut atau hidung denan
    nafas
4. menyentuh dengan bibir.
1. melihat
2. meneliti
3. mengintai
4. menonton
1. memandang, menengok
2. memperhatikan dengan bersungguh-sungguh
3. melihat dengan bersembunyi-sembunyi untuk mengetahui gerak-geri orang
4. menengok sesuatu pertunjukkan
1. menyimbah
2. menyiram
3. merendam
4. merenjis
1. menyiram dengan air sehingga basah
2. mencurahkan air pada sesuatu
3. menaruh sesuatu di dalam air
4. memercik air pada seseorang atau sesuatu
1. menganyam
2. memilih
3. menenun
4. menyulam
1. mengatur / menyusun sesuatu supaya bersilang-silang / berjalin
2. memintal tali / berjalin
3. membuat kain daripada benang, kapas atau sutera
4. menjahit perhiasan pada kain
1. melulur
2. meneguk
3. menelan
4. menghisap
1. menelan bulat-bulat
2. menelan sesuatu benda cair
3. memasukkan ke dalam perut melalui kerongkong
4. menyedut sesuatu ke dalam perut
1. terjelopok
2. terperosok
3. tersungkut
4. terjunam
1. jatuh terduduk
2. jatuh ke dalam lubang
3. jatuh ke depan serta muka terkena tanah
4. jatuh kepala dahulu
1. bolak-balik
2. lalu -lalang
3. mundar-
    mandir
4. pindah-randah
1. pulang dan pergi lagi, ulang-alik
2. banyak kali lalu (keluar masuk)
3. berjalan pergi balik, berulang-alik

4. selalu bertukar tempat

9 Mar 2014

Jenis-jenis ayat.


JENIS-JENIS AYAT

Ayat-ayat dalam bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada empat jenis, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan.

Ayat Penyata
1. Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud untuk menyatakan atau menerangkan sesuatu hal.
2. Ayat penyata juga dikenali sebagai ayat berita atau ayat keterangan.

3. Ayat contoh:
a) Pelajar-pelajar sedang mengulang kaji pelajaran di perpustakaan.
b) Normah tidak pergi ke sekolah pada hari ini.
c) Dia suka menonton rancangan televisyen.
d) Datuk sedang berehat di ruang tamu.
e) Kami sekeluarga akan melancong ke Taiwan.



Ayat Tanya
1. Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal.
2. Terdapat dua jenis ayat tanya, iaitu ayat tanya tanpa kata tanya dan ayat tanya dengan kata tanya.
3. Tanda soal (?) diletakkan pada akhir ayat dalam tulisan.

(i) Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya
1. Ayat tanya tanpa kata tanya ialah ayat yang diucapkan dengan meninggikan nada suara pada akhir ayat penyata.
2. Dalam tulisan, nada tanya ini ditandai dengan tanda soal (?).
3. Ayat contoh:

a) Adik masih belum makan?
b) Pemuda itu malas?
c) Pertandingan bercerita itu diadakan pada minggu hadapan?
d) Erra penyanyi yang popular?
e) Bas itu sudah bertolak?

(ii) Ayat Tanya Dengan Kata Tanya
1. Ayat tanya dengan kata tanya ialah ayat yang menggunakan kata tanya seperti apa, siapa, bila, mana, bagaimana dan sebagainya.

2. Ayat contoh:
a) Barang itu apa?
b) Pemain piano itu siapa?
c) Hari jadi kamu bila?
d) Pejabat pos di mana?
e) Keadaan nenek kamu bagaimana?

3. Dalam bentuk tulisan, ayat-ayat tanya ini perlu menerima partikel "-kah" dan diletakkan di hadapan ayat.
4. Ayat contoh:
a) Apakah barang itu?
b) Siapakah pemain piano itu?
c) Bilakah hari jadi kamu?
d) Di manakah pejabat pos?
e) Bagaimanakah keadaan nenek kamu?

Ayat Perintah
1. Ayat perintah ialah ayat yang digunakan untuk menimbulkan sesuatu tindakan.
2. Ayat perintah terdiri daripada empat jenis, iaitu:

a) Ayat suruhan
b) Ayat larangan
c) Ayat silaan
d) Ayat permintaan

Panduan Umum Penggunaan Jenis-jenis Ayat Perintah
Ayat Perintah
Penggunaan Ayat Contoh
Ayat Suruhan Memberi arahan atau memerintah seseorang membuat sesuatu.
1. Minumlah teh ini dahulu.
2. siapkan kerja sekolah ini.
3. Fikirkanlah sebelum bertindak.

Ayat Larangan
Melarang seseorang daripada melakukan sesuatu.
Menggunakan kata larangan seperti jangan, usah atau tak usah.
1. Jangan petik bunga itu.
2. Usah bermain di tepi jalan.
3. Tak usah kau campur tangan dalam hal saya.

Ayat Silaan
Menjemput atau mempersilakan seseorang
Menggunakan kata silaan seperti sila atau jemput.
1. Sila beratur sebelum masuk ke dalam kelas.
2. Silalah pakai topi keledar.
3. Jemput makan bersama-sama.
4. Jemputlah datang ke rumah saya.

Ayat Permintaan
Memohon permintaan dan pertolongan.
Menggunakan kata permintaan seperti minta atau tolong.
1. Minta tuan-tuan dan puan-puan mengambil tempat duduk masing-masing.
2. Minta anda semua bersabar.
3. Tolong ambilkan saya secawan air.
4. Tolong uruskan perkara ini dengan segara.

Ayat Seruan
1. Ayat seruan ialah ayat yang digunakan untuk melahirkan perasaan seperti takut, marah, gembira, sakit, benci dan sebagainya.
2. Tanda seru (!) biasanya diletakkan pada akhir ayat seruan.
3. Ayat seruan didahului oleh kata seru seperti amboi, wah, eh, oh, aduh, cis dan sebagainya.
4. Ayat contoh:
a) Amboi, cantiknya gadis itu!
b) Wah, mahalnya baju ini!
c) Oh, aku lupa bawa wang hari ini!
d) Cis, berani kamu pukul saya!
e) Syabas, kamu telah menang!

SUSUNAN AYAT
1. Terdapat dua bentuk susunan ayat dalam bahasa Melayu, iaitu susunan biasa dan susunan songsang.
2. Dalam susunan biasa, subjek terletak di hadapan ayat manakala predikat pula terletak di belakang ayat.
3. Ayat songsang ialah ayat yang predikatnya di hadapan dan subjeknya di belakang.

Ayat Biasa = Subjek + Predikat
Ayat Songsang = Predikat + Subjek
Ayat contoh:
1. Encik Ahmad seorang doktor.(Ayat Biasa)
    Seorang doktor Encik Ahmad. (Ayat Songsang)

Ayat membawa maksud sama tetapi berlainan bentuk

AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF
1. Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang memberi penekanan kepada subjek.
2. Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif.
3. Ayat pasif pula ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang memberi penekanan kepada objek.

Ayat Aktif --Ayat Pasif
1. Vincent membaiki radio yang rosak itu. (AYAT AKTIF)
1. Radio yang rosak itu dibaiki oleh Vincent. (AYAT PASIF)

2. Kamu perlu membasuh pinggan mangkuk itu.(AYAT AKTIF)

2. Pinggan mangkuk itu perlu kamu basuh. (AYAT PASIF)


3. Dia menulis karangan itu.(AYAT AKTIF)

3. Karangan itu ditulis olehnya.(AYAT PASIF)


4. Ayah membaca surat khabar.(AYAT AKTIF)

4. Surat khabar dibaca oleh ayah.(AYAT PASIF)


5. Mereka sedang membersihkan kawasan rumah. (AYAT AKTIF)

5. Kawasan rumah sedang dibersihkan oleh mereka. (AYAT PASIF)


*Ayat-ayat di atas membawa maksud yang sama walaupun bentuknya berlainan.

Ayat Aktif dan Ayat Pasif



AYAT AKTIF

Ayat aktif dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:
(a) Ayat aktif transitif
(b) Ayat aktif tak transitif
(a) Ayat Aktif Transitif

Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif, iaitu yang diikuti oleh frasa nama sebagai objek atau unsur penyambutnya.
1. Saya mengelap tingkap.
2. Ibu menggoreng ikan.
3. Kami menghormati guru.
4. Beliau merasmikan majlis itu.
5. Merokok membahayakan kesihatan.
6. Bersukan menyihatkan badan.
7. Adik bermain bola.

(b) Ayat Aktif Tak Transitif
Ayat aktif tak transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif, iaitu yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambutnya.

1. Adik menangis.
2. Kakak tidur.
3. Amran melukis.
4. Lydia bernyanyi.
5. Kami berehat.
6. Emak memasak.
7. Adik mandi.

*Hanya ayat aktif transitif dapat dipasifkan kerana mempunyai objek.

AYAT PASIF
Ayat pasif dapat dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu:
a) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif
b) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua
c) Ayat pasif dengan kehadiran kata bantu pasif "kena"

(a) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif
1. Kata kerjanya mengandungi imbuhan kata kerja pasif di- dan ter-.
2. Hanya digunakan untuk kata ganti nama diri ketiga.
3. Ayat contoh:
(i) Pokok bunga itu ditanam oleh Li Mia.
(ii) Baju sekolah itu digosok oleh Jun Meng.
(iii) Kucing itu terlanggar oleh Sumudi.
(iv) Batu itu tersepak oleh Helen.

(b) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua
1. Kedua-dua jenis kata ganti nama diri ini diletakkan di hadapan kata kerja dasar kerana tidak boleh menerima imbuhan kata kerja pasif di-.
2. Ayat contoh:
(i) Masalah itu akan saya selesaikan.
(ii) Bilik itu patut kamu kemaskan.
(iii) Titah tuanku akan patik junjung.
(iv) Keamanan negara harus kita kekalkan.

(c) Ayat pasif dengan kehadiran kata bantu pasif "kena"
1. Mengandungi perkataan "kena" di hadapan kata kerja dasar yang tidak menerima awalan.
2. Ayat contoh:
(i) Anjing liar itu kena tembak oleh pemburu.
(ii) Dia kena culik oleh pengganas itu.
(iii) Kanak-kanak itu kena pukul oleh ibunya.
(iv) Mereka kena denda oleh guru tingkatan.

8 Mar 2014

Karangan"Tanggungjawab ibu bapa dalam pembentukan disiplin dalam kalangan anak-anak.

Karangan jenis perbincangkan / pendapat "Tanggungjawab Ibu Bapa Dalam Pembentukan Disiplin Dalam Kalangan Anak-anak."

Peranan ibu bapa dalam pembentukan disiplin anak-anak amat penting dalam membentuk masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Bincangkan.


Sebagaimana kita sedia maklum, anak-anak bagaikan kain putih yang suci lagi kudus yang perlu diwarnakan oleh ibu bapa yang membesarkannya. Sebagai anak yang menjadi harapan ibu bapa, kita harus sedar bahawa segala perbuatan positif dan negatif akan mencerminkan imej keluarga. Sejak kecil, kita dibesarkan bagai menatang minyak yang penuh oleh orang tua kita. Setiap belaian kasih dan sayang yang diberikan kepada kita penuh dengan harapan masa depan. Malangnya, masalah sosial dan kadar jenayah bagai bisul menjadi nanah dalam masyarakat pada zaman yang penuh dengan cabaran. Saya berpendapat bahawa ibu bapa memainkan peranan penting dalam pembentukan disiplin anak-anak.

Jika dibandingkan antara ibu bapa dahulu kala dengan ibu bapa zaman globalisasi ini, kita dapat mengetahui bahawa anak-anak dulu lebih kerap dipukul. Sejak kempen antidera diperluas, ibu bapa mula menjauhkan diri mereka dengan rotan. Daripada perspektif orang tua-tua, setiap sebatan dan hukuman yang diterima dapat memberi tamparan insaf kepada diri anak-anak yang melakukan kesalahan. Namun, saya percaya bahawa ibu bapa perlu tegas dan mendisiplinkan anak-anak sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Dengan pendisiplinan yang kukuh dan ketegasan yang bertempat, anak-anak akan berfikir dua kali sebelum melakukan kesalahan.

Selain ketegasan dan pendisiplinan, pendidikan formal perlu disalurkan oleh ibu bapa demi mematangkan fikiran anak-anak. Dengan pendidikan yang diterima, akal dan perasaan ingin memberontak dalam kalangan anak dapat diatasi. Hal ini demikian kerana anak-anak dikawal ketat dari segi peraturan sekolah. Dengan peraturan sekolah yang efektif dan jadual pelajaran yang ketat, nescaya anak-anak tidak akan mempunyai masa yang terluang untuk melakukan perkara yang membelakangkan undang-undang. Pendidikan formal yang efektif dapat menjadi tulang belakang pendirian teguh anak-anak dalam mendisiplinkan diri agar tidak melakukan perbuatan yang menconteng arang di muka ibu bapa.

Ajaran agama dan moral merupakan elemen yang maslahat dalam memperkukuh keimanan diri anak-anak demi mengekang hati dan perasaan yang ingin melanggar tatasusila. Masalahnya kini, ibu bapa bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing kerana sibuk mengejar kebendaan dan kedudukan dalam masyarakat. Mereka alpa dengan tanggungjawab keibubapaan yang asas, yakni mendidik anak-anak dengan ajaran agama dan moral. Sebagai contoh, ibu bapa haruslah menerangkan kepentingan menjaga moral dan tingkah laku yang murni demi mengukuhkan sahsiah diri. Dengan saluran yang betul dan tepat, anak-anak dapat didisiplinkan dan dibentuk menjadi modal insan yang berketerampilan dan berkewibawaan.

Mengikut Doktor Fazilah Kamsar, pakar motivasi yang terbilang, anak-anak akan menjadi berdisiplin jika kita menerangkan sebab dan akibatnya jika dia membuat kesalahan. Hal ini demikian kerana nasihat yang bernas daripada ibu bapa lebih berkesan daripada jeritan marah yang membuang masa dan tenaga. Anak-anak perlu diterangkan kesannya jika mereka merokok atau akibat daripada perbuatan ketidakjujuran mereka. Langkah ini penting agar akal anak-anak yang waras dapat dibentuk untuk membuat keputusan yang baik supaya tidak menyesal atas perbuatan diri kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Langkah ini amat penting agar anak-anak dapat dimatangkan dari segi psikologi sekali gus pencorakan disiplin diri mereka terbentuk secara semula jadi.

Di samping itu, ibu bapa mestilah menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak mereka. Oleh sebab bagaimana acuan, begitulah kuihnya; ibu bapa berperanan penting mempamerkan disiplin yang tinggi di depan anak-anak. Tamsilannya, ibu bapa haruslah membuang sampah di tong sampah dan menjaga kelakuan diri di khalayak ramai agar dicontohi oleh anak-anak mereka. Anak-anak yang mencontohi sikap positif ibu bapa pasti tidak akan membuat perkara yang menyalahi peraturan. Oleh hal yang demikian, ibu bapa mestilah menjauhi sikap ketam yang mengajar anaknya berjalan betul tetapi diri sendiri berjalan senget.

Kesimpulannya, pencorakan disiplin anak-anak dari rumah, yakni daripada komitmen ibu bapa amat berkesan. Ibu bapa harus menyedari hakikat bahawa masa depan anak-anak juga ditentukan oleh ajaran dan teguran membina daripada mereka. Anak-anak yang berdisiplin dapat meyakinkan ibu bapa dengan kejayaan akademik dan kokurikulum sekali gus menjadi warga yang cemerlang, gemilang, dan terbilang. Oleh hal yang demikian, saya berharap ibu bapa menginsafi tanggungjawab mereka dalam pembentukan disiplin anak-anak agar tidak menyesal selepas anak-anak terjerumus dalam kancah kebejatan sosial. Kebobrokan sikap anak-anak mestilah dikekang daripada menjadi duri dalam daging masyarakat kerana nusa tercinta ini memerlukan tenaga mereka untuk menggapai impian Wawasan 2020.

6 Mar 2014

Karangan berformat:Ucapan

KARANGAN BERFORMAT UCAPAN

FORMAT KARANGAN UCAPAN
Pengenalan
· Karangan jenis ucapan dimulakan dengan kata-kata sambutan
· Kata-kata sambutan hendaklah disusun mengikut protokol atau tingkat kedudukan masing-masing.
Isi
· Isi ucapan biasanya memberi penerangan, penjelasan, pengetahuan, nasihat, peringatan dan perangsang kepada hadirin.
· Isi dimulakan dengan ucapan terima kasih, menyatakan tujuan ucapan dan disusuli dengan isi-isi ucapan.
· Kata-kata penghadapan diberikan untuk menarik perhatian. Seperti hadirin yang dihormati sekalian.
· Ucapan hendaklah juga diselitkan dengan kiasan, pantun atau peribahasa supaya menjadi lebih menarik.
Penutup
· Penutup bertujuan menyatakan tanda penghargaan dan hasrat.
· Penutup mengandungi kata-kata pujian dan penghargaan, kesimpulan dan disudahi dengan ucapan terima kasih dan salam kepada hadirin yang teristimewanya tokoh yang diraikan.
· Penutup juga boleh diakhiri dengan pantun, puisi, dan kata-kata indah.
· Contoh-contoh panggilan untuk kata sambutan.
Pangkat/ Gelaran
Cara Menggunakan Panggilan
Yang Di Pertuan Agong
Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka baginda Yang Dipertuan Agong
Yang Dipertua Negeri
Tuan Yang Terutama
Raja Muda/ Tengku Mahkota
Duli Yang Teramat Mulia
Perdana Menteri Malaysia
Yang Amat Berhormat
Timbalan Perdana Menteri
Yang Amat Berhormat
Menteri Besar / Ketua Menteri
Yang Amat Berhormat
Menteri/ Timbalan
Yang Amat Berhormat
Wakil Rakyat/Adun
Yang Berhormat
Ahli Dewan Negara/ Senator
Yang Berhormat Senator
Pegawai Tinggi Kerajaan Negeri
· Setiausaha Kerajaan Negeri
· Pegawai Kewangan Negeri
· Penasihat Undang-Undang
Yang Berhormat
Ketua Hakim Negara
Yang Amat Arif Tun/ Tan Sri Datuk
Pengetua/Guru Besar
Yang Berusaha

Contoh Karangan Ucapan
Anda diminta untuk menyediakan sebuah ucapan sempena Hari Guru. Sediakan sebuah teks ucapan yang lengkap.
Berikut contoh karangan ucapan sempena Hari Guru.
Salam sejahtera saya ucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Guru Besar,Guru Penolong Kanan, guru-guru dan rakan sekalian.Saya sebagai wakil murid, ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Guru kepada semua guru di sekolah ini.
Hadirin sekalian,
Tarikh 16 Mei setiap tahun telah dipilih sebagai Hari Guru. Hari ini merupakan hari yang amat sesuai untuk kita mengadakan sambutan bagi mengenang dan menghargai jasa guru.Oleh itu marilah kita menghargai jasa guru.
Rakan-rakan sekalian,
Guru ialah insan yang mendidik,mengasuh dan membimbing kita hingga kita dapat mencapai kejayaan.Kesungguhan mereka mendidik kita amatlah besar nilainya dan wajar dikenang sepanjang hayat.Mereka tidak pernah jemu mengajar kita supaya kita dapat mengenal huruf ,membaca dan mengira.
Guru juga merupakan ibu bapa kepada kita di sekolah. Oleh itu, kita mestilah menghormati guru.Segala nasihat guru mestilah kita dengar dan patuhi. Jangan sesekali kita abaikan segala nasihat mereka.
Rakan sekalian,
Guru adalah orang yang sering memberi semangat kepada kita untuk rajin belajar.Mereka sedia mendengar segala masalah yang kita tidak fahami dalam pelajaran.Oleh itu guru adalah pendidik yang sangat berdedikasi semasa mengajar kita di sekolah.
Sesungguhnya, jasa guru tidak ternilai harganya.Guru ibarat lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain.Wahai para guru yang kami sayangi,jutaan terima kasih kami ucapkan kerana tidak pernah jemu mendidik kami dengan sabar .
Sekian , terima kasih.
Latihan Bestari
PMR 2002
Pihak sekolah anda akan mengadakan satu majlis perpisahan untuk meraikan seorang guru yang akanbersara. Dalam majlis tersebut, anda diminta menyampaikan ucapan.Sediakan teks ucapan anda itu

4 Mar 2014

Karangan:Peranan ibu bapa.

1. Peranan Ibu bapa Mendidik Anak-anak


Pernyataan ‘keluarga bahagia tunjang kemakmuran negara’ jelas menunjukkan bahawa keluarga memang memainkan peranan yang penting dalam membentuk keperibadian mulia kanak-kanak. Remaja kini sering melibatkan diri dalam masalah sosial yang telah mencetuskan isu polemik dalam kalangan media massa yang saban hari meniti dari bibir ke bibir. Siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal ini? Sudah tentu, sesuatu perkara berlaku tentu ada sebab-sebab yang mendorongnya kerana pepohon pokok tidak akan berliuk-lintuk jika tidak ditiup angin. Pembentukan keperibadian mulia anak-anak bermula daripada institusi keluarga. Sesebuah keluarga dibentuk dengan peranan ibu bapa masing-masing.

Ibu bapa seharusnya mementingkan zuriat mereka sendiri daripada kerjaya. Malangnya, kebanyakan ibu bapa kini yang terlalu mementingkan kerjaya sehingga menyebabkan anak-anak mereka di rumah berasa tersisih seperti anak kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Oleh hal yang demikian, ibu bapa haruslah mengimbangkan kerjaya dan kehidupan seharian mereka agar anak-anak dapat mendapat didikan yang baik dari segi fizikal dan mental. Ibu bapa sewajarnya tahu bahawa mujtamak yang kaya dalam kebendaan tetapi muflis dari segi keperibadian akan secara tidak langsung mendampakkan kesan negatif terhadap anak-anak mereka. Oleh itu, keluarga terutamanya ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk membentuk keperibadian anak-anak.

Selain itu, ibu bapa haruslah memberi didikan dan asuhan yang baik sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Anak-anak tentunya dapat mengimplimentasikan nilai-nilai murni dan sikap positif ini dalam kehidupan seharian, seterusnya membentuk sanubari yang baik. Ibu bapa merupakan uswah hasanah kepada anak-anak di rumah, oleh hal yang demikian, mereka mestilah sentiasa bersikap penyayang dan berbudi pekerti mulia dan jangan sesekali menjadi seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus, sedangkan diri sendiri berjalan mengiring. Sudah terang lagi bersuluh bahawa jati diri anak-anak dapat dibentuk melalui institusi keluarga khususnya ibu bapa yang memainkan peranan yang penting.

Di samping itu, anak-anak yang berfikiran suci akan sentiasa mencontohi kelakuan ibu bapa mereka keranabapa borek, anak rintik. Ibu bapa merupakan tempat luahan isi hati dan penyimpan rahsia yang paling dipercayai anak-anak. Lantaran itu, ibu bapa sewajarnya mengindoktrinasikan pucuk-pucuk hijau dengan nilai-nilai murni ini bagai menatang minyak yang penuh kerana anak-anak remaja kini sering melibatkan diri dalam kebejatan sosial dan budaya hedonisme yang begitu cepat merebak bagai virus epidemik. Melalui nasihat dan ajaran yang baik, sudah tentu anak-anak akan tahu cara-cara untukmembezakan antara intan dengan kaca kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi. Institusi keluarga memang merupakan salah satu langkah yang signifikan dalam membentuk keperibadian anak-anak.
 
Dalam nada yang berbeza, keluarga yang marem dan sakinah turut merupakan tempat yang paling baik agar proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan dalam kalangan anak-anak. Sikap-sikap yang positif haruslah disemai dalam jiwa anak masing-masing bentuk menjamin kesejahteraan hidup dan pembentukan keperibadian mulia mereka. Anak-anak yang berusia setahun jagung, berdarah setampuk pinang ini mesti diberi penekanan dari segi mental dan fizikal supaya kelak dapat menjadi tunggak negara.

           Intihanya, keluarga merupakan mercu tanda kemakmuran negara dan menggalas tanggungjawab yang berat untuk mendidik anak-anak. Ibu bapa mestilah menjalankan obligasi masing-masing dengan tidak melepaskan batuk di tangga. Jikalau anak-anak kini berjaya membentuk keperibadian yang mulia, sudah tentu anak remaja yang merupakan pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara ini dapat menjadi pemimpin yang berkaliber kelak. Impian mantan Perdana Menteri kita iaitu Pak Lah untuk membentuk sebuah negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang dapat dimakbulkan, sekali gusmenjadikan negara Malaysia berdiri gah di persada dunia.
 
 
2.  Peranan Ibu Bapa dalam Mengatasi Masalah Sosial

Remaja,
Ingatlah masa depanmu,
Kenanglah,
Jasa ibu dan ayahmu,
Susah payah mereka membesarkan kita.

          Lirik lagu di atas cukup jelas memanifestasikan satu mesej kepada para remaja supaya sentiasa menghargai ibu dan bapa mereka. Umum mengetahui, para remaja marcapada ini terlalu lalai dan leka dibuai arus modenisasi. Penglibatan mereka dalam delinkuen social sudah menjadi buah mulut dan mauduk utama perbualan orang mutakhir ini. Jadi, ibu bapa dilihat sebagai satu komponen paling utama malah turut dianggap formula yang cukup mujarab bagi mengatasi masalah dalam kalangan remaja.

           Pertama, ibu bapa perlu menghulurkan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepada anak-anak. Hal ini dikatakan demikian kerana remaja merupakan golongan yang sangat menginginkan perhatian. Naluri mereka yang mudah memberontak sudah pasti dapat ditenangkan menerusi perasaan cinta ibu bapa terhadap anak-anak. Api kemarahan dan benteng keegoan yang menebal di dada mereka pasti mudah diruntuhkan dengan kasih sayang ibarat menatang minyak yang penuh kepada anak-anak. Andai kata remaja ketandusan kasih sayang, sudah pasti mereka akan mecari haluan lain untuk melepaskan diri dari kepompong ketidakselesaan. Natijahnya, mereka akan mula berjinak-jinak dengan najis dadah dan tidak mustahil akan terjerumus dalam kancah kemaksiatan. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, kadar remaja lari dari rumah kian meningkat sebanyak 5.7 peratus dari tahun 2007 ke 2008. Jadi, sebelum nasi sudah menjadi bubur, ibu bapa perlu mengutamakan anak-anak mereka berbanding hal-hal lain.

           Selain itu, ibu bapa juga perlu meluangkan masa bersama anak-anak. Hal ini cukup bertepatan dengan langkah Kementerian Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat yang telah mengisytiharkan cuti pada hari Sabtu dan Ahad kepada semua pegawai kerajaan. Perkara ini cukup membuktikan keprihatinan kerajaan Malaysia dalam menyediakan ruang dan peluang kepada ibu bapa untuk bersama anak-anak. Percayalah, anak-anak akan berasa lebih dihargai apabila ibu bapa menghabiskan masa berkualiti bersama mereka. Tamsilannya, ibu bapa boleh membawa anak-anak melancong, beriadah bersama-sama malahan menjalankan aktiviti kerohanian secara berjemaah. Melihat kepada senario masyarakat kontemporari, ibu bapa lebih cenderung untuk mengejar materialistik dan menjadikan pejabat sebagai rumah kedua mereka. Sikap ibarat enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing ini perlu dikikis segera bagi memastikan para remaja tidak terlibat dalam gejala sosial. Maka, jelaslah anak-anak remaja perlu dijadikan prioriti utama dalam usaha membendung kemelut ini.

               Di samping itu, ibu bapa perlu menyediakan pendidikan yang secukupnya kepada anak-anak. Pendidikan ini merangkumi pendidikan formal mahupun pendidikan tidak formal. Tindakan kerajaan Malaysia mewajibkan keseluruhan kanak-kanak di negara ini mendapat pendidikan di sekolah amatlah wajar dan perlu disokong. Sehubungan dengan itu, ibu bapa perlulah memastikan anak-anak mereka memperoleh pendidikan sewajarnya, selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sementelahan itu, ibu bapa juga perlu menerapkan pendidikan berbentuk tidak formal kepada anak-anak. Pengajaran ilmu-ilmu agama dan nilai-nilai murni selaras dengan norma masyarakat pada hari ini amat penting bagi memastikan kerohanian yang mantap dalam diri anak-anak. Ingatlah, “segala-galanya bermula di rumah”. Begitulah ungkapan kalimah tokoh filsuf terkenal, Franklin D. Roosevelt. Maka, ibu bapalah yang bertindak sebagai agen pencorak utama karakter anak-anak agar mereka tidak mencetuskan cangkaliwang pada hari muka. Justeru, penerapan pendidikan yang sempurna pasti dapat menangani masalah ini.
Seterusnya, ibu bapa perlu mengawasi perilaku anak-anak. Peribahasa Melayu ada menyebut,” kalau tiada angin masakan pokok akan bergoyang”. Setiap perbuatan yang dilakukan oleh anak-anak pasti ada penyebabnya. Sehubungan dengan itu, adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk sentiasa mengikuti perkembangan diri anak-anak remaja mereka. Pergaulan bebas anatara lelaki dan perempuan sudah sinonim dengan masyarakat. Seluar ketat, baju singkat hingga menampakkan pusat ibarat suatu adat. Maka, di sinilah ibu bapa perlu memainkan peranannya iaitu meninjau perubahan sikap anak-anak mereka. Serbuan pihak polis di kota metropolitan Kuala Lumpur iaitu di kelab-kelab malam di sana mendapati hampir 15 peratus anak-anak remaja di bawah umur ditahan positif dadah. Perkara ini jelas menunjukkan andai ibu bapa membiarkan anak-anak mereka tanpa tempat bergantung, mereka akan mudah terlibat dalam kebejatan sosial pada masa ini. Maka, ibu bapa perlu bertindak proaktif dan pragmatik dalam usaha membasmi gejala sosial dalam kalangan anak-anak remaja.

          Akhir sekali, ibu bapa perlu melengkapkan keperluan asas anak-anak. Sekali air bah, sekali pantai berubah. Begitu juga dengan perkembangan dunia yang kian ekstrem menjengah kita. Oleh itu, dalam kita mengharung arus modenisasi, sudah tentu anak remaja tidak mahu dihimpit dengan ketidakselesaan dan pemikiran yang jumud. Maka, sebagai ibu bapa, mereka perlu menyediakan keperluan asas anak-anak bagi menjamin keselesaan. Tempat tinggal yang kondusif, pakaian yang bersesuaian serta makanan dan minuman yang berkhasiat perlu disediakan. Hal ini amat penting bagi memastikan anak-anak berasa seronok berada di rumah lantas tidak terlibat dalam gejala sosial. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh sekumpulan mahasiswa Fakulti Sains Kemasyarakatan, Universiti Malaya, anak-anak remaja daripada golongan miskin lebih cenderung untuk terlibat dalam penagihan najis dadah. Hal ini pastinya akan dapat dibendung andai segala keperluan asas remaja dilengkapkan walaupun ibu bapa tidak melambakkan kemewahan kepada mereka.

         Intihanya, ibu bapa perlu memantapkan kemahiran keibubapaan mereka lagi dalam mendidik anak-anak. Contohilah ketokohan Luqmanul Hakim yang cukup hebat mendidik anak-anaknya berorientasikan Al-quran dan al-Hadis. Kita tidak mahu remaja-remaja yang bobrok dan kaya dengan pidana dihasilkan. Sebaliknya, kita inginkan barisan remaja yang berkaliber, cukup syumul dan utopia hasil didikan kedua-dua ibu bapa mereka. Marilah kita berubah, “sebelum padi di tangan menjadi lalang” dan “ayam ditambat disambar helang”, ayuhlah ibu bapa, berkorbanlah demi masa depan anak-anak tercinta.
Berkorban apa sahaja,
Harta ataupun nyawa,
Itulah kasih mesra,
Sejati dan mulia.
Ingatlah, ibu bapa cemerlang, anak-anak gemilang!

Simpulan Bahasa


Simpulan bahasa adalah bentuk peribahasa yang paling mudah.
Biasanya simpulan bahasa terdiri daripada dua patah kata yang membawa maksud yang tepat dan padat.

Senarai simpulan bahasa beserta dengan maksudnya adalah seperti yang berikut:




Simpulan Bahasa
Maksudnya
ada anginberkelakuan luar biasa pada sesuatu ketika
ada hatimempunyai keinginan yang melebihi kemampuan untuk melakukan atau memiliki sesuatu
air mukarupa atau wajah seseorang
ajak-ajak ayamtidak bersungguh-sungguh semasa mempelawa seseorang
ada bakatmempunyai tokoh atau perwatakan
alas perutmakanan yang dimakan untuk sementara waktu sebelum memakan makanan yang mengenyangkan
anak angkatanak orang lain yang dipelihara sebagai anak sendiri
anak bapaanak yang disayangi oleh bapa
anak buahorang yang di bawah jagaan seorang ketua atau anak saudara
anak emasanak yang disayangi oleh ibu bapa atau ketuanya
angkat kakimeninggalkan sesuatu tempat kerana sesuatu sebab
atas anginnegara-negara di sebelah barat
atas pagartidak menyebelahi mana-mana pihak
ayam tambatanorang yang menjadi harapan dalam sesuatu pertandingan
bahasa pasarbahasa Malaysia yang tidak betul tatabahasanya
banyak mulutorang yang banyak bercakap
batu apiorang yang suka menghasut
batu loncatansesuatu yang dijadikan alat untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati
bau-bau bacangtali persaudaraan yang jauh
bawah anginnegara-negara di sebelah timur
bekas tanganhasil kerja tangan seseorang
beralih akalberubah fikiran atau pendapat
beralih anginpergi ke sesuatu tempat untuk berehat
berat hatienggan; malas
berat mulutpendiam atau tidak suka bercakap banyak
berat tulangorang yang malas bekerja
berat sebelahtidak berlaku adil
berbelah bagisukar untuk membuat keputusan
berhati batudegil dan sukar menerima nasihat
berhutang budipatut membalas kebaikan seseorang dengan kebaikan juga
bermuka duatidak jujur
bertikam lidahbertengkar; berdebat
besar hatibergembira atau berbangga akan sesuatu
besar kepaladegil; sukar menerima pandangan orang lain
buah hatiorang yang dikasihi atau dipuja
buah mulutsesuatu yang menjadi perbualan orang ramai
bush tanganhadiah yang dibawa ketika melawat seseorang
bulat hat!bersungguh-sungguh ketika membuat sesuatu; sudah nekad
buruk sikumengambil balik sesuatu yang telah diberikan kepada orang lain
buta hatitidak dapat menerima pengajaran; zalim; kejam
cahaya mataanak
cakar ayamtulisan yang buruk
campur tanganturut serta atau mencampuri urusan orang lain
cari jalanberusaha atau berikhtiar melakukan sesuatu
epat tangansuka mencuri
dalam tangansudah pasti akan diperoleh
darah daginganak kandung
durian runtuhkeuntungan yang diperoleh dengan tidak disangka-sangka
gaji butamendapat gaji tanpa perlu bersusah payah atau bekerja bersungguh-sungguh
gelap matahilang pertimbangan kerana terpengaruh oleh wang atau harta
harga dirimaruah atau kehormatan seseorang
harga matiharga tetap yang tidak dapat ditawar lagi
hati batudegil atau keras hati
hidung tinggisombong atau tinggi diri
hilang akaltidak tahu apa-apa yang perlu dibuat; hilang pertimbangan diri
ikat perutmenahan lapar kerana berjimat
iri hatimenyimpan perasaan dengki atau cemburu
isi hatiperasaan dalam hati
jalan buntutidak ada jalan penyelesaian
kacang hantuorang yang jahat dan suka mengganggu orang lain
kaki ayamtidak berkasut atau berselipar
kaki bangkutidak berkebolehan bermain bola
kaki botolsuka minum minuman keras
kecil hatiberasa tersinggung atau merajuk
kepala anginperangai yang tidak menentu
kepala batudegil dan tidak mendengar nasihat
kera sumbangorang yang tidak suka bergaul dengan orang lain
khabar anginberita yang belum tentu benarnya
langkah kananbernasib baik
langkah seribucepat-cepat lari kerana ketakutan
lidah bercabangkata-kata yang tidak dapat dipercayai
lipas kudungcepat membuat kerja
lintah daratmengambil keuntungan berlebihan atas pinjaman yang diberikan
makan anginbersiar-siar untuk berehat
makan suapmenerima rasuah
malu-malu kucingberpura-Aura malu di hadapan orang
mandi peluhbekerja kuat
mati katakmati dengan sia-sia
membabi butamelakukan sesuatu tanpa berfikir
membawa diritahu menjaga diri
membuka jalanmemberi laluan kepada orang lain
membuka tembelangmenceritakan keburukan seseorang kepada orang lain
memeras otakterlalu kuat berfikir atau belajar
menarik diritidak turut serta; meletak jawatan
mencari jalanberusaha untuk melakukan sesuatu
mencuci matagembira memperhatikan sesuatu yang indah
mencuit hatilucu; menggelikan hati
mengabui matacuba memperdaya; menipu
mengadu dombamemperlagakan seseorang untuk memecahbelahkan persahabatan dan sebagainya
mengambil anginbersiar-siar untuk berehat
mengambil beratmemberi sepenuh perhatian
mengambil hatidapat memikat atau mempengaruhi
mengasah bakatlatihan untuk mengembangkan bakat
muka temboktidak berasa malu
mulut muraikuat bercakap atau berbuat bising
mulut tempayantidak dapat menyimpan rahsia
murah hatisuka bederma; tidak kedekut
naik anginterlalu marah
nyawa-nyawa ikanhampir-hampir mati
orang atasanorang yang berpangkat tinggi
otak cairpintar atau bijak
otak keringkurang siuman
otak udangbebal atau bodoh
paku belandabarangan yang tetap harganya
panas hatimeradang atau marah
panjang tangansuka mencuri
pasang telingamendengar dengan teliti
pekak badakkurang jelas pendengarannya; tidak dapat mendengar bunyi yang kuat
pembasuh mulutmakanan atau minuman yang dihidangkan selepas makan nasi
perang mulutpertengkaran
pilih kasihmemberi layanan yang lebih kepada orang yang disukai
pisau cukurperempuan yang suka menghabiskan harta benda lelaki
puteri lilintidak tahan terkena panas matahari
putih hatiikhlas; jujur
putih matamengalami kekecewaan
rabun ayampenglihatan yang kurang jelas
rambang matasukar membuat pilihan
ringan tangansuka membuat kerja: menolong orang
sampai hatitergamak melakukan sesuatu kerja
serkap jarangmembuat tuduhan secara agak-agak atau tanpa usul periksa
tangan terbukamenyambut sesuatu dengan senang hati
tangkai jeringorang yang kedekut
tawar hatitidak mempunyai minat lagi
tebal mukatidak tahu malu
telinga kualitahan hati menerima kemarahan
telinga lintahtajam pendengaran
telinga nipiscepat marah atau meradang
terang hatimudah memahami sesuatu
tidur-tidur ayamtidur yang tidak nyenyak
tin kosongbercakap besar tanpa ilmu
titik peluhhasil usaha yang bersungguh-sungguh