KARANGAN BERFORMAT UCAPAN
FORMAT KARANGAN UCAPAN
Pengenalan
· Karangan jenis ucapan dimulakan dengan kata-kata sambutan
· Kata-kata sambutan hendaklah disusun mengikut protokol atau tingkat kedudukan masing-masing.
Isi
· Isi ucapan biasanya memberi penerangan, penjelasan, pengetahuan, nasihat, peringatan dan perangsang kepada hadirin.
· Isi dimulakan dengan ucapan terima kasih, menyatakan tujuan ucapan dan disusuli dengan isi-isi ucapan.
· Kata-kata penghadapan diberikan untuk menarik perhatian. Seperti hadirin yang dihormati sekalian.
· Ucapan hendaklah juga diselitkan dengan kiasan, pantun atau peribahasa supaya menjadi lebih menarik.
Penutup
· Penutup bertujuan menyatakan tanda penghargaan dan hasrat.
· Penutup mengandungi kata-kata pujian dan penghargaan, kesimpulan dan disudahi dengan ucapan terima kasih dan salam kepada hadirin yang teristimewanya tokoh yang diraikan.
· Penutup juga boleh diakhiri dengan pantun, puisi, dan kata-kata indah.
· Contoh-contoh panggilan untuk kata sambutan.
Pangkat/ Gelaran
|
Cara Menggunakan Panggilan
|
Yang Di Pertuan Agong
|
Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka baginda Yang Dipertuan Agong
|
Yang Dipertua Negeri
|
Tuan Yang Terutama
|
Raja Muda/ Tengku Mahkota
|
Duli Yang Teramat Mulia
|
Perdana Menteri Malaysia
|
Yang Amat Berhormat
|
Timbalan Perdana Menteri
|
Yang Amat Berhormat
|
Menteri Besar / Ketua Menteri
|
Yang Amat Berhormat
|
Menteri/ Timbalan
|
Yang Amat Berhormat
|
Wakil Rakyat/Adun
|
Yang Berhormat
|
Ahli Dewan Negara/ Senator
|
Yang Berhormat Senator
|
Pegawai Tinggi Kerajaan Negeri
· Setiausaha Kerajaan Negeri
· Pegawai Kewangan Negeri
· Penasihat Undang-Undang
|
Yang Berhormat
|
Ketua Hakim Negara
|
Yang Amat Arif Tun/ Tan Sri Datuk
|
Pengetua/Guru Besar
|
Yang Berusaha
|
Contoh Karangan Ucapan
Anda diminta untuk menyediakan sebuah ucapan sempena Hari Guru. Sediakan sebuah teks ucapan yang lengkap.
Berikut contoh karangan ucapan sempena Hari Guru.
Salam sejahtera saya ucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Guru Besar,Guru Penolong Kanan, guru-guru dan rakan sekalian.Saya sebagai wakil murid, ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Guru kepada semua guru di sekolah ini.
Hadirin sekalian,
Tarikh 16 Mei setiap tahun telah dipilih sebagai Hari Guru. Hari ini merupakan hari yang amat sesuai untuk kita mengadakan sambutan bagi mengenang dan menghargai jasa guru.Oleh itu marilah kita menghargai jasa guru.
Rakan-rakan sekalian,
Guru ialah insan yang mendidik,mengasuh dan membimbing kita hingga kita dapat mencapai kejayaan.Kesungguhan mereka mendidik kita amatlah besar nilainya dan wajar dikenang sepanjang hayat.Mereka tidak pernah jemu mengajar kita supaya kita dapat mengenal huruf ,membaca dan mengira.
Guru juga merupakan ibu bapa kepada kita di sekolah. Oleh itu, kita mestilah menghormati guru.Segala nasihat guru mestilah kita dengar dan patuhi. Jangan sesekali kita abaikan segala nasihat mereka.
Rakan sekalian,
Guru adalah orang yang sering memberi semangat kepada kita untuk rajin belajar.Mereka sedia mendengar segala masalah yang kita tidak fahami dalam pelajaran.Oleh itu guru adalah pendidik yang sangat berdedikasi semasa mengajar kita di sekolah.
Sesungguhnya, jasa guru tidak ternilai harganya.Guru ibarat lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain.Wahai para guru yang kami sayangi,jutaan terima kasih kami ucapkan kerana tidak pernah jemu mendidik kami dengan sabar .
Sekian , terima kasih.
Latihan Bestari
PMR 2002
Pihak sekolah anda akan mengadakan satu majlis perpisahan untuk meraikan seorang guru yang akanbersara. Dalam majlis tersebut, anda diminta menyampaikan ucapan.Sediakan teks ucapan anda itu
No comments:
Post a Comment