23 Mar 2011

Tatabahasa:Kata Majmuk

KATA MAJMUK
1. MAKSUD:
Proses pemajmukan ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Dalam bahasa Melayu bentuk kata majmuk seperti ini besar jumlahnya. Berdasarkan jenisnya, kata majmuk dapat dipisahkan kepada tiga kelompok mengikut jenis di bawah.
2. JENIS KATA MAJMUK:
a. Kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata bebas:
Contohnya:
gambar rajah biru laut air hujan jalan raya
nasi minyak terima kasih luar biasa merah muda alat tulis
bandar raya tengah hari jam tangan meja tulis
bom tangan kapal terbang kuning langsat


b. Dalam kategori ini juga termasuk bentuk kata yang digunakan sebagai gelaran:Contohnya:
Perdana Menteri Duta Besar Raja Muda Setiausaha Politik
Penolong Pendaftar Ketua Menteri Naib Censelor Profesor Madya
Timbalan Ketua Pustakawan Ketua Setiausaha Negara


c. Kata majmuk yang berbentuk istilah khusus dalam bidang ilmiah:
Contohnya:
model linera garis pusat lelefon dail terus lesung sendi
kanta tangan mata pelajaran pita suara darah panas
kertas kerja batu kapur


d. Kata majmuk yang mendokong maksud kiasan, iaitu simpulan bahasa:
Contohnya:
kaki ayam buah hati makan angin pilih kasih
anak emas bulan madu manis mulut tumbuk rusuk
berat tangan


e. Bentuk kata majmuk yang telah mantap:
Terdapat sebilangan kecil bentuk kata yang penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun bentuk kata tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar. Perkataan yang sedemikian tetap dieja sebagai satu perkataan/ dirapatkan. Bentuk-bentuk kata tersebut ialah:
apahal apabila antarabangsa apakata
apalagi bagaimana barangkali beritahu
bumiputera darihal daripada dukacita
jawatankuasa kakitangan kepada pilihanraya
kerjasama manakala manalagi olahraga
padahal pesuruhjaya sediakala setiausaha
sukacita sukarela suruhanjaya tandatangan
tanggungjawab warganegara matahari


fPenggandaan kata majmuk:
Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama kata sahaja.
Contohnya:
alat-alat tulis balai-balai raya suku-suku kata
jirim-jirim organik Menteri-Menteri Besar Penolong-Penolong Pendaftar
gambar-gambar rajah kapal-kapal terbang garis-garis pusat
model-model linear Naib-Naib Censelor Ketua-Ketua Menteri


g. Satu kecualian ialah penggandaan yang melibatkan simpulan bahasadan bentuk yang telah mantap; penggandaannya melibatkan keseluruhan unsur.Contohnya:
anak emas-anak emas ayam tambatan-ayam tambatan
kaki bangku-kaki bangku buah hati-buah hati
buah tangan-buah tangan ibu bapa – ibu bapa
pesuruhjaya-pesuruhjaya warganegara-warganegara
tandatangan-tandatangan jawatankuasa-jawatankuasa
setiausaha-setiausaha


h. Pengimbuhan kata majmuk :
Kata majmuk boleh menerima imbuhan untuk menghasilkan kata terbitan. Pengimbuhan kata majmuk terdapat dalam dua bentuk, iaitu:


i) apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan awalan atau akhiran sahaja (1 imbuhan), ejaannya tetap terpisah.
Contohnya:
campur aduk → bercampur aduk
litar selari → berlitar selari
ambil alih → mengambil alih
temu bual → ditemu bual
daya serap → daya serapan
senarai hitam -- disenarai hitam
baik pulih -- membaik pulih


ii) apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan apitan (2 imbuhan), ejaannya menjadi bercantum.Contohnya:
campur aduk → mencampuradukkan
daya serap → kedayaserapan
garis pusat → mengarispusatkan
satu padu → menyatupadukan
tunjuk ajar → menunjukajarkan
senarai hitam -- disenaraihitamkan
baik pilih -- membaikpulihkan.  :D

No comments:

Post a Comment

Post a Comment