23 Mar 2011

Tatabahasa:Kata Sendi Nama


1. MAKSUD:Perkataan yang digunakan untuk menyambungkan sesuatu perkataan dengan kata nama.
2. CONTOH SENDI NAMA:


Kata sendi Fungsi atau kegunaanDi [tempat / arah]
Ke [tempat / arah / masa]
Dari [tempat / arah / masa]
Daripada [manusia / asal kejadian / sumber / ahli]
Pada [tempat / masa / benda / perkara]
Kepada [manusia / binatang / naik atau turun / pembahagian]
Demi [tujuan]
Untuk [tujuan / kepada / bahagian]
Bagi [tujuan]
3. KESALAHAN PENGGUNAAN KATA SENDI NAMA:


i. ‘di’ mesti dijarakkan jika diikuti dengan ‘tempat, benda atau arah’.
(‘di’ yang dirapatkan bermaksud imbuhan ‘di….’ dan bukan kata sendi)Salah:-Dia tinggal dibelakang rumah saya. (arah)

-Pos itu terletak diantara tol dengan pejabat. (tempat)
-Anda sentiasa dihati saya. (benda)
Betul:-Dia tinggal di belakang rumah saya.
-Pos itu terletak di antara tol dengan pejabat.
-Anda sentiasa di hati saya.
ii. ‘ke’ mesti dijarakkan jika diikuti dengan ‘tempat, benda, arah atau masa’.
(‘ke’ yang dirapatkan bermaksud ‘imbuhan ‘ke….’ dan bukan kata sendi)Salah:-Dia pergi kebandar itu semalam. (tempat)

-Kami berlari kepokok itu. (benda)
-Dia merantau ketimur Semenanjung. (arah)
-Ahmad belajar dari pagi kemalam hari. (masa)
Betul:-Dia pergi ke bandar itu semalam.
-Kami berlari ke pokok itu.
-Dia merantau ke timur Semenanjung.
-Ahmad belajar dari pagi ke malam hari.


iii. ‘di’ tidak boleh diikuti dengan ‘masa/ waktu/ zaman/ tahun’. (gunakan ‘pada’)Salah:-Dia sampai ke Melaka di waktu malam.
-Di zaman dahulu ada raja yang zalim.
Betul:-Dia sampai ke Melaka pada waktu malam.
-Pada zaman dahulu ada raja yang zalim.


iv. ‘ke’ untuk perkara belum berlaku. ‘di’ untuk perkara sudah berlaku.Salah:-Saya akan sampai di sana sebentar lagi. (belum berlaku)
-Dia telah sampai ke sana pada petang tadi. (sudah berlaku)
Betul:-Saya akan sampai ke sana sebentar lagi.
-Dia telah sampai di sana pada petang tadi.


v. ‘dari’ hanya untuk ‘masa, arah dan tempat’. (selain itu gunakan ‘daripada’)Salah:-Saya sampai di sini sejak daripada petang tadi lagi. (masa)
-Pemandu itu datang daripada selatan tanah air. (arah)
-Pemuda bermisai tebal itu berasal daripada Melaka. (tempat)
-Kucing itu berlari daripada pokok kelapa itu. (benda)
Betul:-Saya sampai di sini sejak dari petang tadi lagi. (masa)
-Pemandu itu datang dari selatan tanah air. (arah)
-Pemuda bermisai tebal itu berasal dari Melaka. (tempat)
-Kucing itu berlari dari pokok kelapa itu. (benda)


vi. ‘daripada’ hanya untuk ‘manusia, asal kejadian, sumber dan ahli’.Salah:-Hadiah itu dari ibu saya di Johor Baharu. (manusia)
-Tayar kereta itu diperbuat dari getah asli. (asal kejadian)
-Syair ini saya ambil dari buku Sejarah Melayu Lama. (sumber)
-Peserta itu adalah dari Persatuan Bahasa Malaysia sekolah saya. (ahli)
Betul:-Hadiah itu daripada ibu saya di Johor Baharu. (manusia)
-Tayar kereta itu diperbuat daripada getah asli. (asal kejadian)
-Syair ini saya ambil daripada buku Sejarah Melayu Lama. (sumber)
-Peserta itu adalah daripada Persatuan Bahasa Malaysia sekolah saya. (ahli)


vii. ‘pada’ untuk ‘masa, benda, tampat, dan perkara.Salah:-Saya berlatih badminton di pukul lima petang. (masa)
-Dia mengikat kambingnya di pokok besar itu. (benda)
-Di mesyuarat itu, mereka membantah cadangan saya. (perkara)
Betul:-Saya berlatih badminton pada pukul lima petang. (masa)
-Dia mengikat kambingnya pada pokok besar itu. (benda)
-Pada/ Dalam mesyuarat itu, mereka membantah cadangan saya. (perkara)


viii. Jika ayat mempunyai perkataan ‘ada’ hanya ‘pada’ boleh digunakan walaupun untuk manusia.
Salah:-Buku itu ada kepada Cikgu Saleha.
Betul:-Buku itu ada pada Cikgu Saleha.
ix. ‘kepada’ digunakan untuk ‘manusia, binatang, naik/ turun dan pembahagian’.Salah:-Beri surat ini pada bapa awak dengan secepat mungkin. (manusia)
-Chong Seng memberikan susu pada anak kucingnya. (binatang)
-Harga minyak telah meningkat pada USD50setong. (naik/ turun)
-Cikgu Samad membahagikan pelajar itu pada tiga kumpulan. (pembahagian)
Betul:-Beri surat ini kepada bapa awak dengan secepat mungkin. (manusia)
-Chong Seng memberikan susu kepada anak kucingnya. (binatang)
-Harga minyak telah meningkat kepada USD50 setong. (naik/ turun)
-Cikgu Samad membahagikan pelajar itu kepada tiga kumpulan. (pembahagian)


x. ‘demi’ dan ‘untuk’ tidak boleh digabungkan. (gunakan salah satu sahaja)Salah:-Saya pergi ke sekolah demi untuk menuntut ilmu pengetahuan.
Betul:-Saya pergi ke sekolah demi menuntut ilmu pengetahuan.
-Saya pergi ke sekolah untuk menuntut ilmu pengetahuan.


xi. Pengulangan ‘dari’ untuk masa perlu sama pada bahagian awal dan akhir.Salah:-Dari masa ke semasa dia sedar juga.
-Dari sehari ke hari dia membesar.
-daripada masa ke semasa dia terus tekun berusaha.
Betul:
-Dari semasa ke semasa dia sedar juga.
-Dari sehari ke sehari dia membesar.
-dari semasa ke semasa dia terus tekun berusaha.
-dari masa ke masa dia terus tekun berusaha.
-dari hari ke hari dia membesar.


xi. ‘di antara' mesti diikuti perkataan ‘dengan’.Salah:-Sungai itu terletak di antara Melaka dan Johor.
-Bandingkanlah di antara anda dan saya.
-Di antara makan dan minum, dia lebih suka minum.
Betul:-Sungai itu terletak di antara Melaka dengan Johor.
-Bandingkanlah di antara anda dengan saya.
-Di antara makan dengan minum, dia lebih suka minum.
:)

No comments:

Post a Comment