26 Nov 2012

KESALAHAN STRUKTUR AYAT


1.            Ayat Gabungan
Ayat gabungan terbentuk daripada dua atau beberapa ayat tunggal yang dihubungkan dengan kata hubung.
Contoh:
                Nani dan Nora ke perpustakaan.
                Nurul  bukan saja pandai tetapi juga pemurah.

Kesalahan dalam pembentukan ayat gabungan berlaku apabila ayat-ayat tunggal yang membentuk ayat gabungan tidak digabungkan dengan betul.

Contoh:
SALAH
BETUL
1.  Mereka akan melancong ke Pulau Tioman atau 
      Pulau Langkawi?
1.  Mereka akan melancong ke Pulau Tioman atau
      ke Pulau Langkawi?
2.  Saya tidak pasti sama ada Nora tinggal di
      Jelutong atau Sg. Ara.
2.  Saya tidak pasti sama ada Nora tinggal di
      Jelutong atau di Sg. Ara.
3.  Baik yang kaya atau miskin semuanya mampu
      berjaya.
3.  Baik yang kaya atau yang miskin semuanya 
      mampu berjaya.
4.  Hadiah ini untuk Mira bukan Mirza.
4.  Hadiah ini untuk Mira bukan untuk Mirza.
5.  Jangankan membeli kereta, motosikal pun saya
      tidak mampu.
5.  Jangankan membeli kereta, membeli motosikal
      pun saya tidak mampu.

2.            Ayat Pancangan
Ayat pancangan  ialah ayat yang berasal daripada dua ayat tunggal yang salah satunya dipancangkan pada ayat yang satu lagi.
Contoh:
                a. Kereta Pak Dollah itu terbabas.
Contohnya:
Ayat (a) terbit daripada dua ayat, iaitu:
i.              Kereta itu terbabas.
ii.             Kereta itu kereta Pak Dollah.
               
b. Walaupun miskin, keluarga Mak Bedah bahagia.
Ayat (b) terbit daripada dua ayat yang berikut ini:
i.              Keluarga Mak Bedah miskin.
ii.             Keluarga Mak Bedah bahagia.
Kesalahan dalam pembentukan ayat pancangan berlaku apabila unsur penerang dalam ayat tersebut salah strukturnya.
Contohnya:
SALAH
BETUL
1.  Rumah itu di atas bukit tidak ada penghuninya.
1.  Rumah di atas bukit itu tidak ada penghuninya.
2.  Bangunan itu yang tinggi ialah Menara Kuala
      Lumpur.
2.  Bangunan yang tinggi itu ialah Menara Kuala
      Lumpur.

Kesalahan dalam pembentukan ayat pancangan berlaku juga kerana tidak ada kata hubung pancangan yang menghubungkan klausa bawahan dengan klausa utama.
Contoh:
SALAH
BETUL
1.  Kami berdoa kamu berjaya.
1.  Kami berdoa agar kamu berjaya.
2.  Semua orang tahu dia anak Dato’ Zain.
2.  Semua orang tahu bahawa dia anak Dato’ Zain.

3.            Ayat Tergantung
Ayat mesti terdiri daripada subjek dan predikat.
Dalam susunan ayat biasa, letak subjek di depan dan letak predikat di belakang.
Contoh:                                Budak itu  /  menangis.
                                Farhana  /  jatuh ke dalam longkang.

Dalam susunan ayat songsang, letak subjek di belakang dan predikat di depan.
Contoh:                                Siapakah  /  gadis itu.
                                Itulah  /  teman saya.

Bentuk ujaran yang tidak mempunyai subjek atau predikat disebut sebagai ‘ayat tergantung’.

SALAH
BETUL
1.  Di seluruh negara dilanda banjir.
1.  Seluruh negara dilanda banjir.
2.  Dengan kehadiran tuan akan menyerikan majlis
      ini.
2.  Kehadiran tuan akan menyerikan majlis ini.
3.  Banyak pelajar lelaki yang lulus dengan baik.
3.  Banyak pelajar lelakilah yang lulus dengan baik.
4.  Ada pihak membangkang cadangan itu.
4.  Ada pihak yang membangkang cadangan itu.
5.  Dia yang datang kelmarin.
5.  Dia  datang kelmarin.
6.  Mengetahui hal itu saya membatalkan
      rancangan.
6.  Setelah mengetahui hal itu, saya membatalkan
      rancangan.
7.  Kesan kemelesetan ekonomi pengangguran
     meningkat.
7.  Sebagai kesan kemelesetan ekonomi, 
     pengangguran meningkat.
8.  Turut menghadiri majlis itu ialah Menteri
      Pelajaran.
8.  Yang turut menghadiri majlis itu ialah Menteri
      Pelajaran.
9.  Apakah perlu kita lakukan sekarang?
9.  Apakah yang perlu kita lakukan sekarang?
10. Siapa kata saya berbohong?
10. Siapakah yang mengatakan saya berbohong?
11. Peserta-peserta lulus saja akan dipilih.
11. Peserta-peserta yang lulus sajalah yang akan
       dipilih.
12. Daripada bukti-bukti ini jelas menunjukkan
       bahawa dia bersalah.
12. Bukti-bukti ini jelas menunjukkan
       bahawa dia bersalah.
13. Mengikut beliau menyatakan bahawa
       perompak bersenjata api sudah itu tumpas.
13. Beliau mengatakan bahawa perompak
       bersenjata api  itu sudah tumpas.
14. Yang manakah betul?
14. Yang manakah yang betul?
15. Butiran mesyuarat adalah seperti berikut.
15. Butiran mesyuarat adalah seperti yang berikut.

5.            Ayat yang Tidak Betul Susunannya
Apabila kata-kata tidak betul susunannya, maka bentuk bahasa menjadi salah atau tidak baku.

SALAH
BETUL
Ini hari Azizah tidak datang.
Hari ini Azizah tidak datang.
Buku ini saya tidak mahu membaca.
Saya tidak mahu membaca buku ini.
Yang melukis gambar ini Zainallah.
Yang melukis gambar ini Zainal.
Yang memukul awak siapakah?
Yang memukul awak siapa?
Itu pen dakwat sudah habis.
Pen itu sudah habis dakwat.
Nora dan Nani baik berkawan.
Nora dan Nani berkawan baik.
Majalah itu saya tidak menyimpannya.
Saya tidak menyimpan majalah itu.


No comments:

Post a Comment