KATA ADJEKTIF
Kata adjektif ialah
kata yang berfungsi untuk menerangkan keadaan
atau sifat bagi
sesuatu kata nama atau frasa nama.
Kata adjektif boleh
dikenal pasti apabila sesuatu kata itu boleh menerima kata penguat. Kata
penguat ada tiga jenis, iaitu kata
penguat hadapan yang hadir sebelum
kata adjektif, kata penguat belakang yang
hadir selepas kata adjektif, dan penguat
bebas yang hadir sebelum atau selepas kata adjektif.
Kata Penguat Hadapan
|
Kata Penguat Belakang
|
Kata Penguat Bebas
|
terlalu, paling, agak,
begitu
|
sekali, benar, nian,
betul
|
amat, sangat, sungguh
|
Contoh ayat:
·
Pokok di belakang rumah Rahman terlalu
rendang.
·
Masakan ibunya paling
sedap.
·
Lukisan itu agak cantik.
|
Contoh ayat:
·
Kelakuan budak-budak itu nakal sekali.
·
Rumah di atas bukit itu cantik betul.
·
Pemandangan di situ indah nian.
|
Contoh ayat:
·
Pakaian pemuda itu amat
kemas.
·
Pakaian pemuda itu kemas amat.
·
Sungai itu dalam sangat.
·
Sungai itu sangat dalam.
|
1. Frasa Adjektif yang diperluas.
Frasa adjektif
yang diikuti oleh frasa sendi apabila diperluas.
Contoh : Saya gemar lagu-lagu Melayu
Asli. (X)
Saya
gemar
akan lagu-lagu Melayu Asli. (√)
Kami
benci
sikapnya itu. (X)
Kami
benci
akan sikapnya itu. (√)
2. Bentuk Kata Adjektif
- Kata
adjektif tunggal – terdiri daripada satu perkataan.
Contohnya : terang, pendek, gemuk.
- Kata
adjektif terbitan - kata adjektif yang
menerima imbuhan awalan, sisipan, akhiran dan apitan.
- Kata
adjektif ganda – bermaksud makna keadaan sifat
yang menyeluruh (besar-besar,
cantik-cantik.)
- Kata
adjektif majmuk – rangkaian 2 kata dasar atau
lebih yang membawa makna tertentu. (merah
jambu, hijau daun)
3. Kata Adjektif Terbitan
i.
Imbuhan Awalan teR-
Awalan ter- pada kata
adjektif berfungsi sebagai penjelasan keadaan perbandingan atau
keadaan ‘paling’.
Contoh:
Ali ialah murid
yang terkecil di kelas itu. (paling kecil)
Alan ialah murid
yang terkacak di kelas itu. (paling kacak)
- Apabila kata adjektif sudah berawalan ‘ter’ maka tidak perlu disertai oleh kata penguat yang lain.
Contoh:
Zainal mendapat
markah paling terbaik. (X)
Zainal mendapat
markah terbaik. (√)
Ali mendapat
markah paling baik. (√)
- Jika kata adjektif berawalan ter- digunakan, kata penguat belakang tidak boleh hadir.
Contoh :
Stadium inilah yang terbesar sekali. (X)
Stadium inilah yang terbesar. (√)
ii. Imbuhan Awalan se-
Awalan ‘se-‘ dapat
menerbitkan kata adjektif yang berfungsi sebagai memberikan pengertian
‘sama dengan’.
Contoh:
Warna baju itu semerah darah. (sama merah dengan)
Gadis itu secantik bidadari. (sama cantik dengan)
Kata adjektif awalan ‘se-‘ membawa makna ‘sama dengan’ maka tidak perlu diikuti dengan kata sendi ‘dengan’
Contoh:
Kereta baharunya
tidak secantik dengan kereta
abang saya. (X)
Kereta baharunya
tidak secantik kereta abang
saya. (√)
iii. Apitan ke-...-an
Apitan ke-...-an dapat
menerbitkan kata adjektif yang mendukung makna menyerupai sifat atau sama
seperti. Oleh itu, penggunaan kata ‘seperti’ sebelum kata adjektif apitan
‘ke-...-an’ adalah salah.
Contoh:
Matanya seperti kemerah-merahan akibat
kurang tidur. (X)
Matanya kemerah-merahan akibat kurang
tidur. (√)
Pertuturan pemuda itu seperti kearaban selepas pulang
dari Jordan. (X)
Pertuturan pemuda itu kearaban selepas pulang dari
Jordan. (√)
Apabila kata adjektif mengalami penggandaan, maka kata nama tidak
boleh digandakan lagi untuk menunjukkan maksud jamak.
Contoh:
Barang-barang yang dijual di
kedai itu murah-murah belaka.
(X)
Barang yang dijual di kedai itu murah-murah belaka. (√)
Rumus Penggunaan Kata
Adjektif dan Kata Penguat.
Rumus
|
|
Ayat
Contoh
|
sangat
amat + kata adjektif + sekali
sungguh
|
√
|
Rumah di atas bukit itu sungguh
besar sekali.
|
ter- + kata adjektif
|
√
|
Razman merupakan murid yang terpandai
di dalam kelasnya.
|
paling + kata adjektif
|
√
|
Bangunan itu paling tinggi
di Malaysia.
|
paling + ter- + kata adjektif
|
X
|
Dialah paling tercantik.
|
paling + kata adjektif + sekali
|
X
|
Nora paling ayu sekali.
|
Ter- + amat/sangat
+ kata adjektif
|
X
|
|
|
X
|
|
|
√
|
|
|
X
|
|
|
√
|
|
|
X
|
|
|
X
|
|
No comments:
Post a Comment