AYAT
PASIF
Ayat pasif terbentuk apabila objek
dalam ayat pasif transitif bertugas sebagai subjek, contohnya seperti
ayat di bawah ini.
Saya sudah melaksanakan kerja itu semalam. (Ayat
aktif= pelaku sebagai subjek)
Objek
Kerja itu sudah saya laksanakan
semalam. (Ayat Pasif=objek sebagai subjek)
Subjek
Jenis-jenis Ayat Pasif
Terbahagi kepada:
1. Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua.
2. Ayat pasif dengan kata ganti diri ketiga.
3. Ayat pasif berimbuhan ‘ber...- dan ‘ke-...-an’
4. Ayat pasif berimbuhan ‘ter-...’
5. Ayat pasif dengan perkataan ‘kena’ yang hadir sebelum kata kerja.
1. Ayat pasif dengan kata ganti nama diri
pertama dan kedua.
Kata ganti nama orang
pertama dan kedua tidak boleh menerima kata kerja pasif berimbuhan ‘di-‘. Oleh
itu, kata ganti nama diri orang pertama (aku, saya, kami, kita, patik, hamba)
dan kata ganti nama orang kedua (anda, awak, engkau, kamu, kalian) haruslah
berada di hadapan kata kerja (tanpa imbuhan ‘di’).
Contoh:
Kerja itu sudah saya
laksanakan semalam (√) – ayat pasif
Kerja itu sudah
dilaksanakan oleh saya semalam. (X)
(Saya sudah
melaksanakan kerja itu semalam. – ayat aktif transitif)
Rumah itu telah kami
cat bersama-sama. (√)
Rumah itu telah
dicat oleh kami bersama-sama. (X)
(Kami telah
mengecat rumah itu bersama-sama. – ayat aktif transitif)
Cerita seram itu
telah kalian dengar. (√)
Cerita seram itu
telah didengar oleh kalian. (X)
(Kalian telah
mendengar cerita seram itu. – ayat aktif transitif)
Hutang itu mesti engkau
jelaskan esok. (√)
Hutang itu mesti
dijelaskan oleh engkau esok. (X)
(Engkau mesti
menjelaskan hutang itu esok.- ayat aktif transitif)
*Walau bagaimanapun, kata kerja berimbuhan ‘ter’ boleh menerima kata
sendi ‘oleh’ yang diikuti kata ganti nama diri pertama dan kata ganti nama diri
kedua. Contohnya seperti ayat di bawah ini.
Meja yang besar
itu terangkat
oleh saya. (√)
Nota:
Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kata
ganti nama diri kedua mesti ditulis bersebelahan dengan kata kerja pasif
tanpa imbuhan awalan ‘di’ (hukum aneksi persona). Kesalahan berlaku
jika kata-kata lain seperti kata bantu (telah, perlu, sudah, akan dll.)
disisipkan antara pelaku dengan kata kerja pasif.
Contoh:
Kereta itu awak
harus pandu. (X)
Kereta itu harus awak
pandu.
(√)
Kerja itu kami
sedang siapkan. (X)
Kerja itu sedang
kami siapkan.
(√)
Tuan Pengetua saya
akan
temui esok. (X)
Tuan Pengetua akan
saya temui
esok. (√)
2. Ayat pasif dengan kata
ganti nama diri ketiga (termasuk pelaku = kata nama khas dan kata nama am).
Kata kerjanya mengandungi
imbuhan kata kerjapasif ‘di-’
Contoh:
Motosikal
itu telah ditunggang oleh Rahim kelmarin. (√)
Motosikal
itu telah Rahim tunggang kelmarin. (X)
Kerusi
dan meja itu sudah disusun oleh murid kelas 3A pagi tadi. (√)
Kerusi
dan meja itu sudah murid kelas 3A susun pagi tadi. (X)
Bola
itu ditendang
oleh
Helmi dengan kaki kiri. (√)
Bola
itu ditendang
dengan kaki kiri oleh Helmi. (√)
Bola
itu ditendang
dengan kaki kiri Helmi. (X)
Bola
itu Helmi tendang dengan kaki kiri. (X)
Nota
: Kata sendi ‘oleh’ boleh digugurkan jika tidak menjejaskan makna.
Contoh:
Motosikal
itu telah ditunggang Rahim kelmarin. (√)
Kerusi
dan meja itu disusun pengawas sekolah pagi tadi. (√)
Perhatian : Jika kata sendi ‘oleh’ terletak jauh daripada kata
kerja, maka ‘oleh’ tidak boleh digugurkan kerana akan menjejaskan makna ayat.
Contoh:
Motosikal
itu telah ditunggang kelmarin oleh Rahim. (√)
Motosikal
itu telah ditunggang kelmarin Rahim. (X)
3. Ayat pasif
berimbuhan (ber-.., dan ke-...-an)
Contoh:
Baju
Raju belum bercuci lagi (belum dicuci).
Kumisnya
itu belum bercukur (belum dicukur).
Seluruh
dunia
kegemparan oleh serangan Amerika itu (ditimpa rasa gempar).
Rumah
Pak Abu kecurian petang semalam. (ditimpa kejadian curi)
Aminah
kehujanan ketika pulang dari sekolah (ditimpa hujan)
4. Ayat pasif
berimbuhan ‘ter-...’
(a) sudah di-
terasing = sudah diasingkan
terhasil = sudah dihasilkan
(b) keupayaan atau kemampuan
Novel
yang tebal itu tidak terbaca oleh saya.
Batu
yang besar itu tidak terangkat oleh mereka.
Gunung
Ledang yang terkenal dengan legendanya terdaki oleh kami.
(c) Imbuhan awalan ‘ter’ yang membawa
maksud ‘tidak sengaja’ (juga digunakan dalam ayat aktif transitif)
terbawa = tidak sengaja membawa / dibawa
tersepak = tidak
sengaja menyepak / disepak
tertembak = tidak
sengaja menembak / ditembak
Contoh ayat: Pemburu itu tertembak rakannya
sendiri (ayat aktif transitif)
Rakannya
sendiri tertembak oleh pemburu itu. (ayat pasif)
5. Ayat pasif dengan
perkataan ‘kena’.
Ayat pasif jenis ini
mengandungi perkataan ‘kena’ di hadapan kata kerja dasar yang tidak menerima
imbuhan awalan.
Contoh:
Anak
ahli korporat itu kena culik.
Budak
nakal itu kena rotan oleh bapanya.
Pencuri
itu kena
tangkap oleh polis.
Ah
Chong kena kejar oleh anjing.
6. Ayat pasif
yang mempunyai DUA objek
Contoh
: (1) Upin membelikan Ipin sebatang pembaris (ayat
aktif)
(objek tepat) (objek sipi)
(2)
Upin menghadiahi Ipin sebuah
buku (ayat aktif)
(objek tepat)
(objek sipi)
Nota: Apabila ayat di atas dipasifkan hanya objek
tepat sahaja yang bertugas sebagai subjek dalam ayat. Jika objek
sipi yang dibawa ke hadapan (bertugas sebagai subjek) ayat itu dianggap
tidak gramatis.
Contoh:
(1a) Ipin dibelikan sebatang pembaris oleh
Upin (√)
Sebatang
pembaris dibelikan kepada Ipin oleh Upin. (X)
(2a) Ipin dihadiahi sebuah buku oleh Upin.
(√)
Sebuah
buku dihadiahi oleh Upin kepada Ipin. (X)
No comments:
Post a Comment