26 Nov 2012

Tatabahasa : Ayat Songsang


SUSUNAN AYAT SONGSANG

Susunan biasa ayat dalam bahasa Melayu ialah subjek + predikat. Ayat songsang pula terbentuk daripada proses transformasi ayat biasa. (subjek + predikat) . Penyongsangan dapat dilakukan melalui proses pendepanan bertujuan  memberikan penegasan kepada predikat.


Pendepanan seluruh predikat.

Cikgu Hanif / berfikiran kreatif. (susunan biasa)
Berfikiran kreatif / Cikgu Hanif. (susunan songsang)
Proses pendepanan berlaku juga pada ayat yang mengandungi kata penegas. (-lah, -tah, dan –kah)
Ibu saya / dia. (susunan biasa – ibu saya sebagai subjek)
Dialah / ibu saya. (susunan songsang)
Dia / ibu  saya. (X = dari segi susunan ayat songsang. Ayat ini gramatis dalam ayat susunan biasa tetapi subjeknya ‘Dia’)


Pendepanan sebahagian daripada predikat.

(a)       Pendepanan Frasa Kerja
i.                     Pendepanan kata kerja:
Ramli bekerja setiap hari. (susunan biasa)
Bekerja setiap hari Ramli. (susunan songsang)

ii.                   Pendepanan frasa kerja dengan objek.
Zaleha membaca buku. (susunan biasa)
Membaca buku Zaleha. (susunan songsang)

iii.                  Pendepanan kata kerja dengan kata bantu.
Murid-murid itu masih makan. (susunan biasa)
Masih makan murid-murid itu. (susunan songsang)
b)      Pendepanan Frasa Adjektif
                i.              Pendepanan kata adjektif sahaja.
                                Ramli rajin. (susunan biasa)
                                Rajin Ramli. (susunan songsang)

                ii.             Pendepanan kata adjektif dengan kata bantu.
                                Rumah Kak Zue masih teguh. (susunan biasa)
                                                Masih teguh rumah Kak Zue. (susunan songsang)

                iii.            Pendepanan kata adjektif dengan kata penguat.
                                Encik Zaidi sangat segak. (susunan biasa)
                                Sangat segak Encik Zaidi. (susunan songsang)

                iv.           Pendepanan kata adjektif, kata bantu dengan kata penguat
                                Haji Nasser masih segak amat. (susunan biasa)
                                Masih segak amat haji Nasser. (susunan songsang)
c)      Pendepanan Frasa Sendi Nama
                i.              Frasa sendi nama sebagai predikat.
                                Rantai emas itu untuk ibu. (susunan biasa)
                                Untuk ibu rantai emas itu. (susunan songsang)

                ii.             Frasa sendi nama sebagai keterangan dalam predikat.
                                Penonton-penonton merempuh masuk ke dalam dewan. (susunan biasa)
                                Ke dalam dewan penonton-penonton merempuh masuk. (susunan songsang)

FORMULA AYAT SONGSANG.

Ayat biasa:
Dia / membeli buku di kedai itu.
Cara Songsangan Ayat:                 
Nomborkan penggalan ayat.
1
2
3
Dia
membeli
buku
di kedai itu.
KGND - Ketiga
Frasa Kerja Transitif
Objek
Frasa Keterangan
Subjek
Predikat

FORMULA:
Ayat Biasa : 1+2+3
Ayat songsang:
i.        2+3+1
ii.       2+1+3
iii.      3+1+2
iv.     3+2+1






Ayat Biasa:
1
2
3
Dia
membeli buku
di kedai itu.

Contoh ayat songsang (i)
2
3
1
Membeli buku
di kedai itu
dia

Contoh ayat songsang (ii)
2
1
3
Membeli buku
dia
di kedai itu

Contoh ayat songsang (iii)
3
1
2
Di kedai itu
dia
membeli buku

Contoh ayat songsang (iv)
3
2
1
Di kedai itu
membeli buku
dia


26 comments:

  1. Apa tujuan mengguna ayat songsang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar kata kamu. Macam Tak berguna la ayat songsang ni. Keliru saja :(

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. ya! menyusahkan saja. macam ayat yang salah

      Delete
    4. Org dah bagi ilmu ambil je . Tak guna sekarang mungkin berguna untuk masa lain nanti!

      Delete
  2. Jika menjawab, bolehkah kita guna teknik yang beliau cakap tu? 2+3+1, 2+1+3.....

    ReplyDelete
  3. penerangan yang bagus. terima kasih.

    ReplyDelete
  4. penerangan yang bagus. terima kasih.

    ReplyDelete
  5. Thanks and good luck guys pt3 2k16 ..

    ReplyDelete
  6. Today is SPM๐Ÿ™๐Ÿ™๐Ÿ™

    ReplyDelete
  7. Sangat Bergunaa . terima kasihh

    ReplyDelete
  8. betul tak jika tulis jawapan ikut tiga formula itu?

    ReplyDelete
  9. Ayat songsang pelik lah apa ke benda la kena belajar ni

    ReplyDelete
  10. Ayat songsang pelik lah apa ke benda la kena belajar ni

    ReplyDelete
  11. bahasa jiwa bangsa~

    our attitude comes from our language~

    different languague,different lifestyle~

    ReplyDelete
  12. terima kasih bagus untuk pelajar serta dapat menyakinkannya

    ReplyDelete
  13. Bahasa itu menjadi lebih indah jika banyak warnanya. Akan membosankan jika dalam penulisan ada ayat susunan biasa sahaja.

    ReplyDelete